• Lupakan Dia •

2.1K 66 1
                                    

"Jodoh? Pergi mampuslah dengan jodoh tu."

💠💠💠💠💠

"Assalamualaikum!" Haura melangkah masuk selepas pintu rumah agamnya dibuka. Kaki kanan dilangkah masuk berserta sepotong doa. Nafas dihela perlahan sambil badan dibawa ke bilik beradu. Terlalu penat.

"Haura sayang. Malam nanti, ummi dengan abi nak bincang sikit pasal kamu." Tegur Puan Ibtisam sebaik sahaja ternampak Haura sedang berjalan menuju ke biliknya.

Langkah Haura mati serta merta. Kepala ditoleh memandang umminya yang sedang mengurut bahu abinya di ruang tamu. Haura tersenyum manis.

"Baik, ummi." Haura terus melangkah menuju ke biliknya. Apalah yang mahu dibincangkan sangat tu dia pun tak tahu.

♥♥♥♥♥

"Apa Abi? Haura kurang dengarlah." Tanya Haura lagi dengan nada suara yang sedikit tinggi. Bagai tidak percaya dengan apa yang baru didengarkan ini.

"Abi cakap, ada orang masuk meminang Haura." Kata Puan Ibtisam dengan lebih jelas. Haura terdiam.

"Umi, abi. Haura-"

"Nak tolak, kan?" Potong Encik Habib. Haura menghela nafas berat. Ya, itulah yang dia mahu utarakan. Dia tidak bersedia lagi untuk menjalani kehidupan berumahtangga.

"Haura sayang, ni dah kali ke-10 Haura tolak pinangan orang. Haura kena ingat. Haura ni dah sampai umur sesuai nak kahwin. Apa salahnya Haura buka pintu hati tu. Orang perempuan tak elok lambat-lambatkan kahwin ni. Nanti dah tak fresh madu anak kesayangan ummi." Pujuk Puan Ibtisam lemah lembut sambil mengusap rambut lurus Haura.

"Betul tu, kak. Kahwin je. Ris tengok macam baik je family yang datang pinang akak tadi. Kan, abi?" Sampuk Haris, satu-satunya adik-beradik yang dia ada. Encik Habib mengangguk.

"Em. Abi tengok memang okey keluarga tu."

Haura mengeluh. Matanya memandang ummi dan abinya bersilih ganti. "Abi dengan ummi rasa, lelaki tu terbaik untuk Haura ke?"

"In Syaa Allah. Ummi dapat rasakan dia orang yang baik yang sesuai jadi suami anak ummi." Jawab Puan Ibtisam lembut. Tangannya mengusap lembut belakang tapak tangan Haura.

"Em. In Syaa Allah, Abi pun rasa dia baik dan bertanggungjawab."

"Haura takut kalau dia-"

"Haura, masa depan ni kita takkan tahu apa yang akan jadi. Entah elok entah tidak. Apa yang kita perlu buat, doa. Doa kepada Allah agar semua urusan diselesaikan dengan baik." Nasihat Puan Ibtisam lagi.

Haura senyap sebentar sebelum tangan umminya digenggam erat.

"Kalau ummi dengan abi rasa dia yang terbaik untuk Haura, Haura redha. Haura akan buat solat istikharah dan kalau jawapannya baik, Haura terima. Haura yakin dengan pilihan ummi dan abi." Kata Haura perlahan. Walau hatinya tak rela tetapi dikuatkan juga demi ibu bapanya.

Fikiran Haura melayang mengingatkan Dariel yang sudah lama dia meminati dalam diam. Kalau dia memberitahu hal itu kepada Encik Habib, mahu kena jerkah dia malam ni oleh abinya itu. Ahh! Tak mahulah dia dimarahi teruk sebegitu.

"Nanti, abi akan bincang dengan keluarga belah sana. Kalau dua-dua setuju, abi ingat abi tak nak buat majlis tunang. Kahwin terus." Cadang Encik Habib atau mungkin lebih mengarah dengan kuasa vetonya.

Haura mengangguk faham. "Barang-barang kahwin?"

"Itupun biar abi dengan ummi settle-kan. Dan kalau boleh, abi tak nak Haura jumpa dengan bakal suami Haura sebelum sah akad nikah. Abi tak nak timbul fitnah." Kata Encik Habib tegas. Maklumlah tarikh kahwin mereka hanya mengambil masa yang singkat. Dia tak mahu timbul buah mulut orang yang tak senonoh pada anak gadisnya.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now