• Tunang •

1.4K 55 0
                                    

"Kiranya akulah orang ketiga dalam hubungan korang bertiga ni?"

💠💠💠💠💠

Haura melangkah keluar dari biliknya menghampiri Dariel yang sedang menunggunya di ruang tamu. Mata Dariel yang sedang merenung skrin telefonnya naik memandang si isteri. Laju telefonnya ditutup.

Haura tersenyum memandang suaminya yang sedang berjalan menghampirinya.

"Cantik.." Puji Dariel perlahan.

Haura tersenyum manis. Hari ini mereka akan ke majlis pertunangan Nureen dan Rizqi. Setelah bersusah payah Rizqi mengambil hati ibu bapanya dan ibu bapa Nureen, akhirnya mereka diikat dengan tali pertunangan.

Alhamdulillah.

Dariel merenung lama wajah Haura.

"Nanti jangan jauh dari saya. Saya tak nak ada lelaki lain tengok isteri saya lepas tu datang mengorat."

Haura tergelak kecil. Butang baju Dariel dikemaskan lagi.

"Suami saya ni pun handsome. Jangan tengok perempuan lain tau. Tidur luar malam nanti."

Dariel tersenyum. Ish, tak pernah dia tak geram dengan Haura.

"Tolong jangan nak bersemut sangat. Hormat orang single." Celah satu suara dari dalam bilik tetamu di hujung sudut rumah.

Dariel membalikkan bebola mata.

"Kau yang lambat. Berkulat aku tunggu kau. Cepatlah!"

"Sabarlah."

Kemudian, Daerila keluar dengan berbaju kurung moden dan selendang bermanik bersinar. Warna pastel menyerlahkan kecantikannya yang sudah sedia ada.

Haura membulat mata melihat Daerila. Tak pernah dia tak kagum melihat kawan baiknya itu.

"Cantiknya kau Ila! Tergugat Abang Haidar nanti." Ujar Haura teruja.

Daerila tersengih lebar bangga mendengar pujian dari Haura. Dia mengerling ke arah Dariel. Kedua-dua keningnya diangkat-angkat. Dariel mencebik.

"Haura lagi cantik. Jom, sayang." Bahu Haura dipaut sebelum mereka ke pintu utama.

Daerila menggenggam buku lima. Mahu saja dia menumbuk wajah abangnya itu. Nasib suami Haura.

♥♥♥♥♥

"Tahniah, Reen!!" Haura dan Daerila memeluk erat Nureen yang tersenyum bahagia itu.

"Thank you."

Sedang di meja makan, Dariel, Fadhil, Jiyad dan Syukri mengerling Rizqi yang sedang elok tersenyum lebar merenung Nureen dari jauh.

"Eh, kau asal ada kat sini juga ha? Ingat sikit. Kau tu tunang je baru. Belum kahwin lagi."

"Tapi, dah one step closer." Balas Rizqi masih tersengih. Bahagianya dia rasa. Macam manalah nanti kalau dah kahwin. Lompat sampai ke bulan dia agaknya.

"Terdesak sangat nak tengok tunang kau ni."

"Biarlah. Aku mana boleh lepaskan peluang tengok dia cantik macam tu." Rizqi meletakkan dagu ke atas lengan yang diletak juga ke atas meja sambil matanya tak berkelip memandang Nureen.

"Ee, geli geleman aku tengok buih-buih cinta kau ni tahu tak." Ujar Jiyad yang duduk di sebelahnya.

"Jealous. Kau single." Ejek Dariel.

"Tah. Dasar singlet." Ujar Syukri pula. Jiyad membalikkan bebola mata tanda menyampah.

"Mana ada. Fadhil pun singlet. Dia ni mengorat je pandai. Tapi, satu habuk pun tak lekat."

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now