• Honeymoon •

1.6K 43 0
                                    

"Haura, saya takkan pernah tinggalkan awak. Sampai bila-bila kita akan hidup bersama. Sampai tua."

💠💠💠💠💠

Mereka berdua berjalan masuk ke dalam bilik hotel yang baru sahaja ditempah. Beg diletak ke atas lantai sambil mata melilau memerhati keadaan bersih bilik mewah itu.

"Suka?"

"Sukalah, awak." Haura berjalan ke beranda lalu sliding door dibuka. Pemandangan bukit di depan benar-benar mendamaikan hati. Malah ada pula tasik yang agak jauh dari hotelnya.

"Solat dulu jom. Lepas tu, kita pergi makan."

Haura mengangguk laju. Tak sabar dia mahu keluar bersiar-siar bersama Dariel.

♥♥♥♥♥

Tangan Haura digenggamnya kemas sambil mereka berjalan menikmati pemandangan taman bunga yang dikunjungi ramai.

Haura melihat di satu sudut di mana pasangan yabg baru berkahwin yang masih lagi berpakaian pengantin, sedang mengambil gambar. Mungkin untuk album perkahwinan mereka.

Dariel perasan akan reaksi Haura.

"Kenapa?"

Haura menggeleng kepala kecil.

"Takde. Saya tengok diorang happy je baru kahwin. Teringat yang dulu awak sombong dengan saya. Tengok muka saya pun tak nak." Jawab Haura yang masih memerhati pasangan muda itu.

Dariel tersenyum.

"Janganlah ingat benda lama. Saya pun tak nak ingat. Masa tu saya ego sangat. Rasa berdosa pula layan awak macam tu."

Haura segera memeluk sisi badan Dariel.

"Takdelah teruk sangat. Saya happy waktu saya berusaha ambil hati awak tau."

"Yalah. Dan sayalah yang terseksa tahan perasaan dekat awak."

Haura tergelak kecil. Dia memandang kelopak bunga kecil. Perutnya yang masih kosong dipegang.

"Awak, kalau ditakdirkan saya takkan mengandung, awak akan tinggalkan saya ke?" Tanya dia sayu. Entah kenapa dia rasa sebak.

Dariel pantas menoleh memandang Haura di sebelah.

"Kenapa saya nak tinggalkan isteri tercinta saya ni pula?"

"Awak kan nak zuriat? Kalau saya tak dapat bagi awak zuriat macam mana?" Tanya Haura lagi.

"Haura, saya takkan pernah tinggalkan awak. Sampai bila-bila kita akan hidup bersama. Sampai tua."

"Tapi, awak akan kahwin lain? Awak akan duakan saya?" Haura mendongak memandang Dariel. Jujur dia tak sangguo melihat Dariel bersama perempuan lain.

Dariel tersenyum. Dia mendudukkan Haura di bangku lalu dia melutut di deoan Haura.

"Ni kenapa ni? Emotional je ni. Hm?"

Haura mencebik.

"Awak mesti nak zuriat awak sendiri. Dan kalau saya tak boleh mengandung, awak akan cari isteri baru lah kan?" Katanya perlahan.

Dariel menggeleng.

"Kalau awak tak nak saya kahwin lain saya takkan kahwin lain."

"Maknanya kalau saya izinkan, awak nak kahwin lagilah?" Air matanya sudah mula bergenang.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now