"Abang aku dah balik."
💠💠💠💠💠
Matanya ralit memerhati jam di atas meja tanpa berkalih sedikitpun. 4:59, satu minit sahaja lagi maka bahagialah hidupnya.
Ting! Bibir tersengih lebar. Barang yang sudah sedia terkemas dipandang sekilas sebelum beg sandang dicapai.
Tiba-tiba, telefonnya berdering menandakan satu panggilan masuk. Panggilan diangkat sambil tangan kanannya memulas tombol pintu.
"Assalamualaikum, sahabat sehidup semati dunia akhirat yang disayangi kerana Allah SWT. Ada apa call?" Sapa Haura sambil kaki dilangkah keluar dari kawasan bangunan syarikat.
Kedengaran gelak tawa di hujung talian. Haura hanya tersenyum sambil tangannya sibuk memasukkn barang-barang ke dalam kereta Honda miliknya.
"Waalaikumussalam. Kau kat mana? Dah habis kerja belum?"
"Dah. Aku baru je lepas punch card ni. Ha, kenapa?"
"Jom lepak restoran Reen. Makan sama-sama. Jom?"
Haura tersenyum. Badan dilolos masuk ke dalam perut kereta. Seat dibetulkan sebelum kunci kereta disumbat masuk ke dalam ruang kunci.
"Aii? Kau tak sibuk ke hari ni? Bos kesayangan kau tu kasi balik awal?"
"Alhamdulillah. Bini dia nak beranak tadi. Dia terus kasi pelepasan awal. Jom ah lepak. Aku rindu ni."
"Yalah. Bagitahu Reen dulu. Kang kita datang masa dia tengah makan. Naya kita kena baling dengan tulang ayam." Jawab Haura selamba. Daerila ketawa kuat.
"Baik.."
Panggilan kawan baiknya terus dimatikan. Haura hanya menggeleng kepala dengan kerenah anak tak cukup umur itu. Dah biasa sangat dengan sifat Daerila yang mengalahkan budak umur 4 tahun.
♥♥♥♥♥
"Assalamualaikum." Haura melabuhkan punggung di satu meja yang agak tersorok. Maklumlah, Nureen awal-awal lagi sudah sediakan meja di satu tempat yang tersorok dan hanya boleh digunakan untuk mereka bertiga sahaja.
Nureen dan Daerila menjawab salam sambil tersengih.
"Eh, akak ayu ni sampai dah. Tak boleh bawak slow lagi ke kereta tu?" Perli Daerila sambil mengunyah keropok.
"Biar lambat asal selamat." Jawab Haura ringkas.
"Masalahnya, kau punya lembab bawak kereta tu sampai jalan pun boleh jammed tau." Balas Nureen pula. Haura mencebik.
"Dah, tak payah membebel. Aku lapar ni. Kau belanja Reen."
"Eh.. boleh jatuh bankrup aku hari-hari nak kena belanja korang."
"Ala, tak luak punlah duit kau tu. Tu, kau tengok. Restoran kau ni punya masyuk tu. Takkan nak pau member sendiri tak boleh?" Gurau Daerila pula. Nama saja puteri tetapi perangainya ya ampun. Agak kelelakian.
"Banyaklah kau punya pau." Nureen menjeling tajam. Dia berdiri.
"Ha, korang nak makan apa?"
"Macam biasa, beb." Jawab Daerila pantas. Nureen segera berlalu ke dapur untuk menyediakan makanan untuk mereka bertiga.
Tak lama selepas itu, makanan tiba di meja mereka. Sudu dan garpu di atas meja dicapai lalu masing-masing mula menjamu selera.
"Rara."
"Em." Jawab Haura tanpa memandang Daerila yang sedang menelan sisa makanan dalam mulutnya.
"Abang aku dah balik."
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...