"Takkan ada sesiapa yang dapat gantikan Haura."
💠💠💠💠💠
"Haura."
Haura, Nureen dan Daerila berpaling belakang. Mereka baru sahaja mahu ke meja makan. Haura tersenyum memandang lelaki berbaju melayu di hadapannya itu.
"Eh, Thaqeef."
"Selamat pengantin baru."
"Terima kasih."
Daerila dan Nureen daling berpandangan. "Er... korang borak-boraklah dulu, ya? Aku dengan Nureen nak pergi makan kejap. Bye."
Lengan Nureen ditarik ke meja makan. Sesekali dia menoleh mahu melihat Haura dan Thaqeef. Kut-kut dibawa larinya Haura, menangis tak berlagu abangnya. Walau lelaki itu lelaki berwajah suci sekalipun, tetap namanya lelaki. Tak boleh dipercayai!
"Ish, apalah yang dia tu nak? Tak reti ke yang Haura tu dah kahwin? Sibuk nak mengayat bini orang." Rungutnya tak puas hati.
"Aku tengok dia tu takde nak mengayat pun. Biasalah diorang kan kawan dari kecil. Kau tu yang overthinking. Kalau dengan lelaki terus disangka buruk. Tak baik tau." Balas Nureen yang masih diheret ke meja makan.
Dia sempat melihat Daerila mencebik. Kawan baiknya ini memang betul-betul anti dengan kaum Adam. Dia menggeleng kepala.
Tiba-tiba, matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri. Wajah lelaki itu tunduk memandang telefon bimbit sambil bercekak pinggang. Wajahnya tampak berkerut.
Terus saja bibir Nureen tersengih lebar menampakkan giginya. Meja makan yang penuh dengan makanan dan wajah lelaki kacak itu dipandang bersilih ganti. Makanan atau Abang Rizqi?
"Dua-dualah!" Tangan Daerila terus dilepaskan begitu sahaja sebelum kakinya melangkah laju ke arah Rizqi.
Daerila ternganga melihat kelibat Nureen yang sudah menjauh darinya.
"Dia tinggalkan aku macam tu je? Semata-mata sebab Abang Rizqi tu? Mana kawan sehidup semati aku, ha?" Kaki dihentak kuat lalu dia terus berlalu ke arah meja makan.
"Makan soranglah macam ni. Ada kawan pun sibuk nak mengurat. Aku ni ditinggalkan macam tu je. Urghh! Semua salah lelaki!" Bebelnya perlahan sambil nasi minyak dicedok ke atas pinggan.
"Hye, Abang Rizqi!" Sapa Nureen sambil tersengih menampakkan pendakap giginya yang berwarna hijau itu. Rizqi mengangkat wajah dan serta-merta dia termangu seketika.
Budak comot!
"Eh, Nureen?" Suaranya cuba dikawal supaya tak terdengar teruja bertemu gadis ini buat kali pertama selepas dia terbang ke UK dan tak balik-balik.
Nureen tersengih lebar.
"Ya, sayalah. Nureen kesayangan abang. Hehe.."
Rizqi terbatuk kecil. Straightforward betul budak ni. Tapi, tak salah pun. Memang kesayangan dia dalam diam.
"Abang buat apa kat sini? Sorang je ke?" Tanya Nureen ramah. Dua sudah tak dapat lagi sorokkan perasaan rindu dia pada lelaki ini.
Dah lama dia menyimpan perasaan pada Rizqi. Sejak dari bangku universiti lagi. Tak, bukan memendam. Dah terang lagi bersuluh dia ada simpan minat. Rizqi sendiri tahu hal itu memandangkan hari-harinya sering diceriakan dengan kad dan coklat yang diberi Nureen dalam diam.
"Sorang je. Yang lain tengah makan." Jawab Rizqi sambil berdehem kecil. Lama tak jumpa macam nilah jadinya. Gelabah lain macam. Dia juga ada simpan minat pada budak comot ini tetapi dia belum ada keberanian mahu meluahkan. Lagi-lagi selepas dia pulang dari UK.
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romansa※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...