"Ya... saya tahu. Tadi, awak nak cium dekat sini. Tak nak buat ke?"
💠💠💠💠💠
Haura meletakkan gelas minuman ke atas meja kopi berhadapan dengan Dariel yang sedang elok menonton televisyen.
"Riel, Haura. Mama dengan papa nak pergi kenduri ni. Kamu berdua duduklah ya kat rumah. Baby ada tu kat atas. Tengah terbongkang tidur lagi. Haura, bila dah asar, kejutkan Ila tu ya? Dia tu tak boleh. Mentang-mentang tak boleh solat, kalau tak dikejutkan, dari subuh sampai isyak pun dia boleh tidur lagi." Pesan Puan Malaiqa panjang lebar.
Haura tersenyum lalu mengangguk akur.
"Riel, nanti boleh tolong cucikan kereta papa? Yang Porsche merah tu." Pesan Encik Daim pula.
"Baik, pa." Jawab Dariel tanpa menoleh. Matanya masih lagi melekat pada skrin televisyen.
"Kami pergi dulu, ya? Malam nanti baru balik. Tu pun kalau kawan mama tu tak ajak tidur sana." Kata Puan Malaiqa.
Haura mengangguk. Dia bangun mahu menghantar pemergian Puan Malaiqa dan Encik Daim.
"Hati-hati, mama, papa." Ucapnya lembut. Puan Malaiqa tersenyum sebelum mereka berdua menembus masuk ke dalam kereta.
Haura kembali melabuhkan punggung di sebelah Dariel. Nereka berdua hanya diam membisu melayan movie dari Channel FoxMoviesHd.
Beberapa jam kemudian, Dariel bangun. Dia mengintai ke luar tingkap untuk melihat cuaca yang agak baik. Haura pula sudah memerhatikan suaminya yang berjalan naik ke bilik.
Tak lama kemudian, Dariel turun dengan berpakaian baju t putih dan seluar tiga suku. Haura terus memandang Dariel.
"Nak basuh kereta ke?"
"Taklah. Nak mandikan awak. Meh, sini." Jawab Dariel loyar buruk. Sempat dia membalikkan bebola mata tanda menyampah dengan soalan Haura yang dianggap bodoh itu.
Haura mencebik. Tak suka betul dia bila Dariel loyar buruk dengannya.
Haura berlari anak ingin memakai tudung untuk turut keluar mengekori Dariel. Kemudian, dia terus berjalan mendekati Dariel yang sudah siap mengisi air basuhan di garaj. Sabun diisi ke dalam baldi tersebut.
"Nak tolong boleh?"
"Buat apa?"
"Nak tolong awaklah. Tak boleh?"
"Saya tak perlukan pertolongan awak pun." Balas Dariel kasar tanpa menoleh sedikitpun memandang Haura.
Haura mencebik. Dia terus mengambil kerusi lalu duduk memerhatikan suaminya.
Dariel mula membilas kereta Porsche merah itu dengan getah paip yang panjang. Tiba di pintu penumpang, matanya tertancap pada Haura yang sedang elok bermain sabun di dalam baldi. Bibirnya mula naik tersengih sinis.
"Nak tolong sangat kan? Hehe."
Tak semena-mena, hujung getah paip ditekan lalu disimbah ke arah Haura. Haura yang terkejut terus menutup kepalanya yang sudah basah.
"Awak!! Stoplah! Saya lemas!" Jerit Haura nyaring. Dariel sudah ketawa terbahak-bahak. Enak mengenakan isterinya.
Haura berdiri lalu diperah bajunya yang sudah basah lencun. Dia melihat Dariel masih lagi ketawa. Haura mengetap gigi. Geram betul dengan suaminya ini. Enak-enak saja lelaki itu menyimbahnya yang sedang ralit bermain tadi!
Haura pantas menutup pili paip membuatkan air berhenti mengalir. Ketawa Dariel juga semakin kendur. Perutnya ditekan. Senak pula dia rasa.
"Adehh.. keluar air mata aku."
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...