• Bahagia •

2.1K 58 0
                                    

"Tak boleh jadi ni. Aku kena lawan kau."

"Hanis kejap lagi ada kawan."

"Congrats, bro. Dapat juga eh kau Nureen."

"Bantu awak mendalami apa itu Islam."

💠💠💠💠💠

Beberapa bulan kemudian

"Tak nak!!! Aku tak nak!!!"

"Hafiza, akak bukan suruh pakai baju orang asli pun."

"Tak nak! Apa baju macam tu? Aku tak suka!"

"Baju kurung kosong je ni!"

"Tak nak! Kau nak aku pakai tudung kan? Tak nak, tak nak aku tak ready lagi. Islam mana boleh paksa-paksa."

"Fiza, kita nak pergi majlis kahwin. Pakailah tudung kejap. Takkan Fiza sorang-sorang tak pakai?"

"Tak nak!!"

Haris dan Dariel mengeluh. Satu rumah bising kerana suaranya. Dariel malas ambil kisah dengan Hafiza itu. Dia sedang sibuk memanaskan susu yang diperah Haura sambil menunggu Haura dan Hafiza.

Satu jam kemudian, Haura tersengih menang. Lyana juga tersenyum. Tudung yang baru dipakainya dipegang-pegang. Cuma Hafiza saja yang cemberut.

"Eee.. apasal lah aku kena ikut korang juga." Rungutnya tak puas hati.

"Kak Reen nak Fiza datang." Jawab Haura masih lagi tersengih suka.

Hafiza membalikkan bebola mata. Haris yang sedang memakaikan pampers pada Hanis mencebik. Dia menoleh melihat Hafiza yang tak selesa dengan pakaiannya.

"Pfft."

Hafiza memandang Haris dengan keningnya bertaut tak suka.

"Kau pfft kan aku?"

Haris tersenyum sinis.

"Pelik."

"Eee.. dia ni kan." Baru saja Hafiza mahu menghampiri Haris, tiba-tiba tangannya ditarik Lyana.

"Senior, cantik tak saya?" Tanya Lyana malu-malu. Dia mahu tanya Dariel tapi dia takut Haura marah pula.

"Tak."

Lyana mencebik sedih. Haura memukul bahu Hafiza lembut.

"Cantiklah. Lyana nampak cantik sangat."

Lyana tersengih suka dipuji. Tiba-tiba, dia tertanya-tanya.

"Pakai tudung ni wajib ke?" Tanya dia mahu tahu.

"Pakai tudung tak wajib. Tutup aurat tu yang wajib. Dan cara nak tutup aurat tu dengan tudung. Tudung pakai bukan sekadar pakai. Kita kena tengok dari segi kelabuhan dia dan ketebalan dia. Tudung kena labuh hingga ke bawah dada dan tak jarang." Ceramah Haura panjang lebar. Lyana mengangguk.

"Nak menyindir aku lah tu kau ni. Eh, aku pakai hoodie selama ni tutup rambut jugak." Balas Hafiza menyampah.

"Mana ada menyindir. Tapi, kalau terasa tu hidayah. Fiza kena bersyukur Fiza masih ada rasa serba salah." Balas Haura selamba.

Hafiza mendengus sebelum dia melangkah laju ke arah Hanis.

"Baby, sini baby. Tak yah layan mak kau tu. Gila." Hafiza mengambil Hanis ke pangkuannya.

"Hafiza!"

Hanis tersengih lebar menampakkan gusinya. Hafiza tersenyum.

"Ee, geramnya aku!" Hafiza mencium-cium pipi Hanis.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now