• Kawan atau Lawan? •

1.5K 47 0
                                    

"Kalau kau nak berbaik dengan aku sebab kau nak bodek aku, baik tak payah."

💠💠💠💠💠

Daerila meletakkan kad pekerjanya ke dalam beg sambil berjalan ke pintu utama. Keluar sahaja dia dari bangunan gah itu, Daerila berjalan ke keretanya.

"Daerila."

Daerila menoleh. Sebaik sahaja dia melihat pemilik suara yang menyapanya, dia mendengus kasar. Mata menjeling Haidar sebelum dia melangkah laju ke keretanya.

"Daerila!" Haidar mengejar langkah gadis itu yang semakin laju meninggalkannya.

"Ee. Apa yang awak nak ni?" Marah Daerila, geram diekori Haidar. Apalagi lelaki ini mahukan dari dia? Tak puas lagi menyeksa perasaan dia?

"Daerila. Please dengar dulu explanation saya."

"Tak nak."

"Daerila."

Daerila menjeling tajam.

"Tolong ya? Saya tak kenal awak. Boleh tak awak pergi? Jangan kacau hidup saya." Pintu kereta belakang dibuka lalu diletakkan begnya di situ.

"Daerila! Bagilah saya explain dekat awak dulu. Semua tu salah faham."

Daerila buat tak tahu. Pintu pemandu dibuka lalu dia terus menerobos masuk tanpa menpedulikan Haidar. Enjin kereta dimulakan sebelum pedal minyak ditekan.

Kereta terus meluncur laju membelah jalan hospital itu. Sambil memandu, air matanya tak berhenti dari mengalir. Semakin lama, dia semakin teresak.

Dia sayangkan Haidar. Dia mahu hidup dengan lelaki itu. Tetapi, Haidar tak ikhlas dengannya. Haidar cuma menganggapnya tempat dia membalas dendam.

"Aku benci kau, Haidar!!!!" Jerit Daerila kuat.

Haidar tersandar pada kerusi keretanya. Matanya dipejam rapat.

Bagaimana lagi dia mahu memberitahu hal sebenar kepada gadis pujaan hatinya itu? Gadis itu benar-benar keras hati.

Haidar meletakkan kepala ke stereng. Wajah cantik Daerila berlegar-legar dalam fikirannya. Dia takkan dapat lupakan gadis itu. Takkan.

♥♥♥♥♥

Dariel melabuhkan punggung berhadapan Haidar yang sedang menunduk.

"Asal nampak down je? Tak rasa happy plan kau jadi?"

Mata Haidar naik memandang Dariel yang sudah duduk di depan.

"Riel. Aku-"

"Tak payah cakap. Aku dah tahu apa yang jadi. Tak payah nak terangkan dekat aku." Potong Dariel laju. Dia memanggil pelayan untuk memesan minumannya.

Haidar mengeluh berat.

"Kau dengan Haura macam mana? Dah bahagia?" Tanya Haidar selepas selesai Dariel memesan kopinya.

"Mestilah. Kami dah saling mencintai sekarang. Kau apa tahu?" Balas Dariel kasar.

Haidar senyap merenung jarinya di atas meja. Entah kenapa. Dia tak pernah takut dengan Dariel. Dari kecil mereka sering bertumbuk. Tetapi sekarang, dia rasa kecut apabila mendapat mesej dari Dariel semalam untuk berjumpa.

Suasana sepi seketika sampailah minuman mereka tiba di meja mereka. Haidar menarik nafas panjang.

"Aku minta maaf sebab dah lukakan perasaan adik kau." Katanya perlahan.

Dariel yang sedang bermain dengan telefonnya naik memandang Haidar di depan.

"Tapi, jujur aku cakap Riel. Aku takde niat pun. Aku cuma nak tunjuk dekat kau yang aku juga boleh mainkan hati adik kau macam yang kau buat dekat Haura dulu."

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now