"I love your vibes. Can we be friends, cutie Limah?"
💠💠💠💠💠
Mata merenung buku menu di depannya. Hm.. makanan apa yang boleh menguruskan dan mengenyangkan perut sekali gus dapat menyingkatkan masa tengah harinya?
"Hye."
Mata Daerila naik memandang seorang lelaki yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Daerila mengecilkan mata. Enak saja lelaki ini mahu duduk di meja makan ini tanpa izinnya.
"Tak nak, tak nak. Takpe. Saya tak nak beli." Kata Daerila tiba-tiba. Dia tahu, pasti lelaki ini mahu menjualnya spray kereta ni.
Lelaki itu tergelak kecil.
"Saya bukan nak meniaga. Muka punya handsome macam ni, awak cop bangla?"
Daerila kembali memandang lelaki di depannya itu.
"Okey. Kalau bukan sebab meniaga, boleh awak pergi? Banyak lagi tempat kosong rasanya kat sini." Kata Daerila sombong.
"Tak boleh ke kita makan sama-sama? Lagi ramai lagi meriah."
Daerila senyum palsu sepalsu mungkin.
"Maaf. Bukan saya tak nak memeriahkan suasana. Tapi..." Senyumannya hilang.
"...saya memang tak nak. Jadi, awak boleh pergi. Saya takut termuntah isi perut masa tengah makan nanti sebab awak tu handsome sangat kan?" Daerila menjeling tajam sebelum dia mengangkat tangan tanda memanggil pelayan.
Lelaki itu pula sudah terkedu mendengar ayat pedas dari gadis yang dia cuba dekati ini.
"Saya nak spaghetti carbonara satu, bolognese satu, lepas tu spaghetti aglio olio. Ah ni, saya nak juga blueberry cheesecake two slices. Air pula, apple juice dengan hot americano and... air kosong je." Daerila tersenyum manis memandang pelayan yang sedang elok menulis.
"Baik, cik." Pelayan itu terus berlalu pergi selepas menerima anggukan dari Daerila. Lelaki di depannya sudah tercengang. Banyak betul perempuan ni makan!
Daerila tidak mempedulikan lelaki di depannya malah dia sibuk melihat Instagram miliknya. Em, dah 100k followers! Road to 200k!
"Er, ehem. My name is Tengku Haidar Qayeed. And you sweetie?"
"Halimah. Panggil je Limah." Jawab Daerila selamba. Sedikutpun dia tak memandang Haidar di depan. Haidar tersenyum.
"Ok, then. Limah. You can call me... Udin? We're so sweet. Right?"
Daerila menjeling benci.
"Maaf ya. Saya ni tak layan lelaki miang macam awak ni. So, rasanya awak boleh bla kut. Udin!"
Haidar ketawa.
"I love that name. Limah."
Daerila mengetap gigi geram.
"Apa yang awak ni, mamat?! Boleh tak jangan sibuk nak menempel kat sini? Pergi kacau orang lainlah. Ee, serabut betul." Daerila kembali merenung skrin telefonnya. Jarinya menyeret semakin laju. Gambar-gambar aesthetic sudah takde mood dia mahu layan.
"All I want is you, Limah."
"Stop call me by that name!"
"That's your name, right? What's wrong?"
"Tu bukan nama saya!"
"Then, what? What's your name, girl?"
"Awak tak perlu tahu. Awak bukannya sesiapa pun."
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...