"If I.. can have you tonight, Haura."
Hidung mereka mula bersentuhan.
"Do you allow me to do so?"
💠💠💠💠💠
Bintang dan bulan yang bersinar cahayanya di dada langit bagai membawa arus ketenangan padanya. Dari dulu dia berminat tentang astronomi. Malangnya, dia tak cukup bijak dalam bidang itu. Akhirnya, dia memilih bidang perakaunan.
Dapatlah dia kembali belajar bersama dua orang kawan baiknya sejak zaman sekolah MRSM yang hanya khas untuk tingkatan 4&5 itu. Daerila tersenyum nipis.
"Kalaulah aku boleh pergi bulan. Dapat jumpa Princess Kaguya. Ehehe.." Bibirnya mengomel perlahan sambil matanya tak lepas dari merenung bulan purnama itu.
"Tak sangka awak dah tua bangka masih percaya dekat princess kaguya semua tu kan?" Celah satu suara dari arah belakang.
Daerila sudah membalikkan bebola mata. Tak berpaling pun dia sudah tahu siapa!
"Berani betul awak duduk sorang-sorang kat sini." Kata Haidar lagi sebaik sahaja dia tiba di sebelah Daerila.
Daerila menjeling.
"Suka hatilah. Sibuk je mamat terencat akal ni."
Haidar berpaling memandang Daerila.
"Kenapa awak sombong sangat?"
"Sombong apa?" Tanya Daerila kembali dengan nada yang sedikit meninggi.
"Saya cuba nak berkawan dengan awak. Tapi, awak langsung tak bagi peluang dekat saya."
Daerila memusingkan badannya menghadap Haidar. Wajahnya beku.
"Awak dengar sini ya. Setiap orang ada something yang dia nak jaga sejak azali lagi. Awak ada, begitu juga dengan saya. Selain maruah saya, saya ni tak pernah jatuh cinta pada mana-mana lelaki."
"Awak ni muka pun saya dah tahu playboy. Mainkan hati perempuan macam tu je. Nak pakai, ambik. Tak nak, buang. Saya tak nak sia-siakan pengalaman pertama saya dengan lelaki bermula dengan lelaki tak tahu bersyukur macam awak. Saya nak lelaki yang penyayang, baik hati dan lemah lembut. Romantik dan soft spoken. Haa.. barulah hati saya tak terluka." Katanya panjang lebar.
"Ini tak. Ayat-ayat manis yang awak bagi semua tu mesti ayat pakai buang yang awak guna untuk perempuan-perempuan sebelum ni kan?" Sambungnya lagi. Daerila mencebik.
Haidar tersenyum.
"Nope. Saya tak penah beri ayat manis dan janji gula pada mana-mana perempuan sebelum ni. Awak orang yang pertama." Katanya cuba nasib.
Daerila membalas senyumannya. Haidar terkesima. Baru kali ini dia melihat senyuman manis dari Daerila. Senyuman mahal yang pertama dipamerkan ikhals padanya. Atau mungkin tak ikhlas.
"Saya tak tahu apa niat awak. Tapi, kalaulah awak tak ikhlas dekati saya, saya minta sangat awak berhenti. Sebab tak mustahil satu hari nanti hati saya terbuka untuk kenal dengan awak. Masa tu, kalau awak sia-siakan saya.."
"...awak tahu kan betapa kecewanya saya? Saya tak nak hati saya terluka kerana lelaki. Jadi, tolong. Semua perempuan tak mahu disakiti. Termasuk saya." Daerila terus berlalu pergi meninggalkan kawasan pantai sekaligus membiarkan Haidar tertampar dengan kata-katanya.
Ya, memang niatnya mahu melukakan hati Daerila sepertimana Haura rasa ketika bersama Dariel. Tetapi, kenapa sekarang hatinya mula rasa ragu? Apa yang membuatkan dia berat hati mahu meneruskan rancangan itu?
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...