• Tiada Lagi Derita •

1.7K 53 1
                                    

"Diorang akan terima aku. Aku akan ada keluarga lagi."

💠💠💠💠💠

"Sorry, sorry. Lambat."

Daerila menjeling. Haidar melabuhkan punggung berhadapan dengan Daerila sambil tersengih bersalah.

"Marah ke?"

Daerila mendengus. Dia mencapai begnya lalu bangkit mahu pergi. Laju Haidar mengejar langkah Daerila.

"Daerila. Nak pergi mana? Makanlah dulu."

"Dah tak lapar. Sanalah." Daerila mahu pergi namun lengannya dipaut Haidar.

"Daerila, janganlah macam ni. Saya minta maaf. Tadi saya ada hal. Sumpah." Tangan kanan dinaikkan di sebelah telinga.

Daerila menjeling.

"Daerila.. duduklah. Saya datang nak jumpa awak tau. Tak syoklah tengok sekejap je." Pujuknya lagi.

"Tak payah nak mengayat sangatlah! Eh, saya tak suka tau orang tak tepati masa macam awak ni. Awak ingat saya apa? Kayu? Batu?" Herdiknya geram.

Haidar menahan senyum. Kalau terlepas tawanya habislah gadis ini meletup.

"Okey, okey. Sorry. Saya janji lepas ni saya datang tepat pada masa."

Daerila menjeling.

"Orang excited nak jumpa dia, dia pula datang lambat. Hampeh." Ujar Daerila cukup perlahan.

"Huh?" Haidar kurang mendengar kata-katanya. Daerila berdecit.

"Jomlah. Saya lapar." Daerila kembali duduk di atas kerusi. Beg dihempas ke kerusi sebelah lalu menarik buku menu yang dari tadi ditiliknya sepanjang dia menunggu Haidar.

Haidar tersenyum sebelum duduk berdepan dengan Daerila.

"Saya belanja awak eh?"

"Hm." Balas Daerila dengan suaranya yang hanya berbunyi dari anak tekak saja.

Haidar memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka. Selesai memesan makanan untuk Daerila, Haidar pula mahu memesan. Namun, tiba-tiba buku menu ditarik Daerila. Haidar memandangnya hairan.

"Awak tak payah makan."

"Huh? Kenapa?"

"Denda." Balas Daerila perlahan. Haidar senyap sebentar sebelum dia tersenyum. Dia memandang pelayan itu.

"Saya air kosong je ya?"

Pelayan itu mengangguk sebelum dia berlalu dari meja mereka berdua. Daerila menongkat dagu memandang ke luar tingkap di sebelahnya.

"Macam mana awak kerja?"

"Macam tu lah." Balas Daerila malas menjawab. Haidar hanya tersenyum. Dia tahu Daerila tiada mood sekarang.

Tak lama kemudian, makanan Daerila tiba di meja mereka. Haidar tersenyum melihat Daerila yang sudah mencapai sudu dan garpu.

Haidar hanya memerhati sahaja Daerila menyuap nasi arab itu. Tiba-tiba, Daerila berhenti makan. Kepalanya digaru sebelum dia mengambil sesuatu dari kerusi sebelah.

Satu bekas diletak di depan Haidar. Haidar yang sedang meneguk air itu terus memandangnya hairan. Gelas diletak ke atas meja.

"Apa ni?"

"Bukalah."

Haidar membuka penutup bekas itu dan serta merta dia terpempan. Wajah Daerila dipandang.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now