• Hafiza •

1.7K 50 0
                                    

"Habis tu, kenapa bini kau ni tak mengandung? Mandul?"

💠💠💠💠💠

Ding dong!

Haura melangkah laju ke pintu utama. Pintu dibuka dan tersembul Mak Jenab dan seorang gadis berhoodie menutup separuh wajahnya.

"Eh? Kenapa ni, Mak Jenab?" Tanya Haura selepas menjawab salam wanita tua itu. Mak Jenab tersenyum.

"Haura free ke sekarang?"

"Free je. Saya tengah tengok tv tu."

"Ouu, kamu ada masa sikit tak? Mak Jenab nak minta tolong sesuatu dari kamu."

"Tak naklah, mak! Nak balik." Sampuk gadis di sebelah.

"Mari sini!! Jangan kamu nak lari. Sini." Lengan gadis tinggi itu digenggam erat.

"Er, ada. Masuklah, Mak Jenab. Fi- Fiza." Haura memberi laluan kepada mereka berdua. Hafiza menjeling Haura tajam.

"Mana kau tahu nama aku?" Tanya Hafiza kasar.

Puk! Bahunya ditampar kuat.

"Kau jangan nak kurang ajar ya? Masuk!" Lengan Hafiza ditarik kasar masuk ke dalam rumah Haura.

Dariel yang baru keluar dari bilik tercengang seketika.

"Mak Jenab? Ada apa datang ni?"

Mak Jenab tersenyum.

"Mak Jenab datang nak minta tolong dengan Haura sikit." Jawab Mak Jenab sambil tersengih.

"Er, Mak Jenab duduklah dulu. Saya buatkan air." Pelawa Haira lembut.

"Tak payah. Air kau bukannya sedap pun." Ujar Hafiza biadap.

"Budak betuah!" Dengan gigi diketap, tangannya mengutil kuat lengan Hafiza. Hafiza hanya mengaduh sakit.

Haira tersenyum sebelum dia berlalu ke dapur untuk membancuh teh. Dariel melabuhkan punggung berhadapan dengan Mak Jenab dan Hafiza.

Dariel mengerling sekilas memandang Hafiza yang sudah bersila di atas sofanya. Sekejap je. Tak boleh lama-lama. Budak ni terlalu agresif. Dia kenal pun kerana rumah depannya selalu bising kerana pergaduhan antara budak ini dengan abangnya yang garang itu. Merangkap kawan kejiranannya.

Ada juga Si Hakim tu mengadu pasal Hafiza. Balik dengan bau rokoklah, balik lewatlah dan kadang-kadang langsung tak balik. Selalunya gadis itu cuba lari dari rumah. Penat abangnya dibuatnya.

Kemudian, Haura datang membawa dulang dan diletakkan ke atas meja.

"Ada apa, Mak Jenab nak minta tolong dengan saya?" Tanya Haura sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah Dariel berhadapan dengan Mak Jenab.

"Hari tu, Haura ada cakap yang Haura bekas pelajar madrasah kan? Ni, Mak Jenab naklah mintak tolong kamu ajarkan Hafiza ni ilmu agama. Dia ni solat pun tak. Quran jauh sekali nak sentuh. Mak Jenab tak nak dia menyesal waktu tua nanti." Tegas Mak Jenab bersungguh.

Haura mengangguk faham. Dia mengerling memandang Hafiza yang hanya membuat memek mengajuk cakap maknya dari tadi.

"Boleh, Mak Jenab. Bila nak mula?"

"Mula sekaranglah. Tak boleh?"

"Tak naklah mak! Ee, perempuan ni betul ke boleh ajarkan? Entah-entah solat dia pun kelaut." Herdik Hafiza.

Dariel sudah mengepal buku lima. Dari tadi dia menahan sakit hati sebenarnya. Geram dengan mulut tahi budak ni mengata isterinya.

"Kau ni.. kang aku cilikan mulut kau ni satgi. Haa.. sia-sia je." Marah Mak Jenab garang.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now