"Haura, please percayakan abang? Abang betul-betul tak tipu. Please?"
💠💠💠💠💠
Dariel terlentang di sofa merenung siling. Sudah dua minggu Haura di rumah ibu bapanya. Dariel mengeluh berat.
Dia rindukan Haura..
Dariel mencapai telefonnya. Nombor Haura ditekan. Dalam sehari, tak pernah lelah dia menelefon isterinya. Walaupun tak dijawab, dia tetap menelefon tanpa henti.
Tiba-tiba, kedengaran panggilannya diangkat. Dariel laju bangun dari perbaringan. Dia melihat skrin telefonnya.
Haura❤
"Sayang?" Sapa Dariel.
Senyap. Dariel melihat panggilan yang bersambung. Mungkin Haura mengangkat namun enggan bercakap. Itu bermakna Haura mahu mendengar penjelasannya, bukan?
"Sayang, sayang marah lagi ke dekat abang?"
Senyap.
"Sayang baliklah. Abang rindu Haura."
Dariel menelan liur.
"Sayang tahukan abang tak sengaja? Abang tak sengaja tak hiraukan Haura. Tapi itu tak bermakna abang lupakan Haura. Abang cuma.. cuma rasa bersalah."
Haura masih lagi senyap.
"Abang tak balik sebab Lyana sakit. Abang dah janji dengan arwah atok dia untuk jaga dia. Niat abang nak jaga dia je, sayang. Abang takde perasaan apa-apa langsung dekat dia."
"Abang minta maaf sangat kalau Haura terasa dengan abang sebab abang tak kisahkan Haura. Abang minta maaf kalau Haura marah sebab abang tak bagitahu dari awal pasal ni."
"Tapi, percayalah sayang. Abang tak pernah sedetik pun tak fikirkan sayang. Hari-hari abang teringat dekat Haura."
"Sayang balik ya? Abang ambil sayang. Eh?"
Haura senyap.
"Sayang, tolonglah. Abang rindu sangat dekat Haura. Please?"
"Abang merayu, sayang. Balik ya?" Pujuk Dariel lagi.
Tutt....
Dariel melihat skrin telefonnya yang sudah gelap. Pelipisnya diurut. Bagaimana lagi dia mahu memujuk Haura?
Ting!
Dariel pantas membuka kembali telefonnya.
Haura❤
Ambil Haura esok.Dariel terdiam seketika sebelum dia tersenyum lebar.
Haura balik? Yes! Haura balik!
♥♥♥♥♥
Dariel mengiringi Haura ke bilik mereka. Dia memandang Haura dari belakang.
"Haura tidur bilik kita kan?" Tanya Dariel berhati-hati. Takut juga dia jadi seperti dulu. Dia tak mahu tidur tak bertenankan Haura. Nanti dia nak memeluk siapa?
Haura mengangguk kecil sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik dengan wajah yang dingin.
Malam itu, Dariel melihat Haura yang sudah terbaring mengiring membelakanginya. Bahu Haura disentuh lembut.
"Sayang.."
Haura melarikan bahunya dari disentuh Dariel. Selimut ditarik menutup badannya. Dariel mengeluh. Haura masih marahkan dia.
Ah! Semua salah dia! Kenapa dia bodoh sangat? Kenapa? Sepatutnya dari awal lagi dia memberitahu Haura. Tidaklah isterinya ini salah faham dan bersikap dingin dengannya.
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romansa※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...