• Pregnant •

1.8K 51 0
                                    

"Thank you, sayang."

💠💠💠💠💠

Tiba di depan rumah, Hafiza mengangkat sebelah tangan tanda mengucapkam selamat tinggal pada Haris.

Haris hanya mengangguk saja. Melayan.

Sambil bersiul Hafiza membuka kasutnya lalu diletak ke atas rak.

"Weh, Fiza!!"

Terkejut Hafiza dibuatnya. Dia menoleh. Kelihatan Haris berlari anak ke arahnya dengan wajah pucat.

"Eh, kenapa kau ni?"

"Sini tolong aku. Kak Haura pengsan."

Mata Hafiza terus terbuntang luas.

"Ha?! Macam mana boleh pengsan?"

"Manalah aku tahu. Daripada kau tanya aku, baik kau datang tolong aku jap."

Hafiza dan Haris berlari masuk ke dalam rumah.

"Dariel mana?"

"Entah. Aku rasa dia ada kerja kut kat office."

"Kau cakap dia cuti hari ni?"

Haris berdecit.

"Kau boleh tak jangan tanya aku macam-macam? Kau ingat aku bapak dia ke nak tahu dia pergi mana? Sekarang, aku nak kau call Abang Dariel. Aku nak bawak Kak Haura pergi hospital." Katanya kalut.

"Macam mana? Kau ada kereta ke?"

"Kereta Kak Haura ada. Eh jap. Kereta Kak Haura kat bengkel lah."

"Dah tu, panggil ambulans lah ngok." Marah Hafiza geram.

"Aa.. jap jap." Haris mengangkat Haura yang sudah tak sedarkan diri di atas lantai kemudian diletak ke atas sofa.

Dia dan Hafiza sama-sama sibuk menelefon ambulans dan Dariel.

♥♥♥♥♥

Dariel berkerut melihat gadis di depannya kini. Kenapa mesti ada saja gadis ini di mana-mana?

"Awak buat apa kat sini?"

"Lya datang nak jumpa abang. Tapi, diorang cakap abang tak kerja hari ni. Lepas tu, terjumpa abang pula kat luar ni." Jawab Lyana lemah lembut.

Dariel mendengus. Sepatutnya hari ini dia cuti dan meluangkan masa bersama Haura di rumah. Tetapi, dia tertinggal fail kerjanya pula.

"Dah lah, saya ada kerja ni." Dariel mahu masuk ke dalam bangunan pejabatnya namun laluannya dihalang Lyana.

"Abang, tunggulah abang." Lyana berdiri di hadapan Dariel.

"Ee.. apa awak nak ni?" Dariel sudah mula serabut dengan gadis ini.

"Lya nak cakap dengan abang boleh?"

Dariel mengeluh.

"Kalau saya cakap tak nak?"

"Abang, Lya janji sekejap je. Janji." Rayu Lyana terdesak.

Dariel mendengus.

"Yalah. Awak tunggu dalam kafe tu. Saya nak ambil barang kejap." Dariel terus berlari masuk ke dalam pejabatnya meninggalkan Lyana yang sudah tersengih teruja.

♥♥♥♥♥

"Abang, dalam Islam lelaki boleh kahwin empat kan?"

Dariel berkerut.

"Apa yang awak merepek ni, Lyana? Awak ajak saya jumpa semata-mata nak tanya pasal benda ni?" Tanya Dariel tak percaya.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now