• Kisah silam Rizqi •

1.7K 58 2
                                    

"Jadi, sebab ni lah abang mengelak bila Reen tanya apa perasaan abang dekat Reen?"

💠💠💠💠💠

"Jomlah."

Haidar hanya mengekori langkah Daerila dari belakang. Mata melilau memerhati kawasan sekelilingnya.

"Rumah nenek awak memang di kampung ke?" Tanya Haidar sambil mata masih ralit.

"Yup. Mama membesar dekat kampung ni. Lepas tu dia pergi bandar kerja wartawan. Awak nak tahu tak macam mana mama dengan papa boleh jumpa?" Daerila berpaling memandang Haidar.

"Mama interview abang sulung dalam keluarga papa sebab dapat warisi syarikat besar lepas kematian tok ayah. Papa pula anak bongsu yang selalu main-main. Last-last, diorang jadi kawan masa papa curi-curi keluar villa."

"Lepas tu, kahwin!" Daerila tersengih. Dia suka mendengar kisah cinta mama dan papanya. Masam manis semua ada.

Haidar hanya tersenyum. Anak mana yang tak suka mendengar kisah cinta ibu bapa mereka. Haidar mengeluh dalam diam.

Broken family can't relate.

Haidar berdehem kecil. Tak mahu Daerila perasan perubahannya. Dia pantas memandang Daerila.

"Lepas ni, anak-anak kita pula dengar cerita cinta kita. Kan?" Celah Haidar selamba. Hilang terus senyuman Daerila kemudian satu jelingan dihadiahkan kepada Haidar.

"Cerita kita tak best. Papa diorang miang keladi. Nanti semua pakat geli." Terus dia melulu masuk ke dalam rumah kayu tetapi besar itu. Mama dia anak ketua kampung kut. Rumah mestilah besar. Ala-ala Jepun gitu.

Haidar tergelak kecil sebelum dia turut mengekori gadis itu. Miang keladi ni juga yang akan jadi suaminya nanti. Uhuk!

"Assalamualaikum! Opah! Tok wan!" Daerila menjerit girang sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah bersama Haidar.

"Waalaikumussalam! Baby!" Seorang wanita tua keluar dari bilik.

"Tok wannya! Cucu perempuan kita ni dah sampai!" Jeritnya lagi memanggil suaminya.

"Opah!!" Daerila terus berlari memeluk tubuh neneknya yang sudah bongkok itu sebaik sahaja dia melihat neneknya berjalan perlahan ke arahnya.

"Mmuah! Opah sihat?" Pipi Opah dicium bertubi-tubi.

"Alhamdulillah. Sihat. Baby opah ni sihat?" Pipi Daerila diusap. Daerila mengangguk.

"Sihatlah, opah!"

"Haura tak datang ke?" Opah mengintai belakang Daerila mencari cucu menantunya.

"Dia mana datang. Dia dengan laki dialah, opah."

Opah mengangguk kecil.

"Ala, opah ingatkan dia datang juga. Lama betul budak boy tu tak balik. Rindu opah dekat bini comel dia." Kata opah perlahan.

Daerila memuncung.

"Sampai hati opah. Puji cucu lain depan baby." Daerila sudah acah-acah merajuk dengan opahnya. Opah tersenyum. Bahu Daerila dipeluk sayang.

"Taklah. Opah rindu cucu kesayangan opah ni juga."

Daerila tersengih. Ni sayang opahnya ni. Pandai pujuk!

"Mana? Mana cucu tok wan?" Celah satu suara di sebalik ruang yang terpisah. Daerila terus berlari ke arah tok wannya yang baru memakai cermin matanya itu lalu memeluk tubuh tok wan erat.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now