• Permainan •

1.6K 60 3
                                    

"Takde istilah aku takut dengan kau dalam kamus hidup aku."

💠💠💠💠💠

Matanya fokus menghadap skrin komputernya. Sesekali fail kerja dibelek.

Namun, tak lama sebelum fail ditutup rapat. Dariel mengeluh. Dia tersandar pada kerusi dengan kepala didongak menatap siling. Ingatannya tak berhenti dari terfikirkan Haura.

Dariel menejam mata. Dia perlu keluarkan wajah dan suara Haura dari kepalanya supaya dia boleh fokus membuat kerjanya.

"Sayang awak."

Dariel meraup mukanya kasar. Kepala disembam pada lengan di atas meja.

"Aku dah angau ke apa ni?" Gumamnya perlahan.

"Encik Dariel?"

Pantas Dariel mengangkat kepalanya. Wajah Anna di muka pintunya dipandang.

"Ya?"

"Encik tak sihat ke? Kalau encik tak sihat, encik boleh balik. Perbicaraan kita kan dah selesai." Katanya lembut dan menggoda.

Dariel senyap sebentar. Kalau dia balik, bukannya Haura ada di rumah pun. Melainkan..

Dariel tersenyum. Anna dipandang.

"Saya ambil cuti separuh harilah, ya?"

Anna mengangguk sebelum dia keluar dari bilik ketuanya itu. Dariel terus mencapai telefonnya lalu nama Haura ditekan.

♥♥♥♥♥

Haura melangkah masuk ke dalam rumah mereka sebelum dia berpaling memandang Dariel yang juga baru masuk ke dalam.

"Kenapa kita balik?" Tanya dia masih lagi hairan. Dari tadi dia bertanya tetapi langsung tiada jawapan dari Dariel.

"Kita makan kat rumah." Jawab Dariel perlahan sambil tangan menyangkut kunci pada penyangkut.

"Lunch sama-sama? Habis tu, kenapa awak nak saya ambil cuti separuh hari?"

"Saja. Saya penat. Saya nak awak urutkan. Lepas makan nanti, awak urutkan saya. Bahu saya lenguh sebab angkut tv rosak tu bawa turun bawah semalam tau. Semata-mata tak nak awak bosan sebab tak dapat tengok tv. Jadi, awak kena bertanggungjawab." Balas Dariel selamba.

Haura mengangguk faham.

"Okey. Kita makan dulu ya? Saya masakkan. Lepas ni, saya urutkan awak." Kata Haura sebelum dia melangkah masuk ke dalam dapur.

Dariel tersenyum dalam diam. Yes! Dapat spend time dengan isteri tersayang.

Tersayang ke?

Mungkin?

♥♥♥♥♥

Haura berjalan di sebelah Dariel sambil matanya melilau memerhati padang bola yang luas lagi sunyi yang berkedudukan di tempat yang agak tertutup dari pandangan orang luar.

Dariel mengerling di sebelah memandang Haura yang hanya senyap merenung lampu-lampu besar di setiap bucu padang.

"Lambatlah awak ni." Dariel memaut tangan Haura lalu ditarik mengekorinya. Haura hanya akur. Dalam diam, Dariel tersenyum. Mahu pegang tangan Haura je sebenarnya. Hehe.

"Awak memang selalu ke main bola dengan kawan-kawan awak?" Tanya Haura sambil tangannya masih digenggam Dariel.

"Em. Masa bujang dulu selalulah. Bila dah kahwin, diorang jarang ajak saya. Entah kenapa hari ni putus fius otak ajak saya join sekali."

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now