"Eh, kalau macam ni lah, baik saya tak payah balik lah. Kusut tahu tak. Kusut."
💠💠💠💠💠
Mangkuk besar berisi mee goreng diletak di atas meja. Kaki melangkah ke kitchen island lalu Haura mula membancuh air nescafe panas untuk mereka berdua.
Kemudian, matanya ternampak Dariel keluar dari bilik sambil menyangkut beg silangnya di bahu. Haura tersenyum.
"Awak, jom sarapan dulu?"
Dariel yang sedang berjalan sambil tangan menyusun fail-fail di tangan angkat wajah dan memandang isteri sekilas.
"Ha? Takpelah. Saya dah lewat ni. Awak jelah yang makan. Pergi dulu. Assalamualaikum." Dariel terus berlalu keluar tanpa mempedulikan Haura yang terkebil-kebil memegang teko.
"Tapi, saya tak sempat salam awak lagi.." Gumam Haura perlahan. Terasa pula hatinya dilayan acuh tak acuh sebegini.
Matanya tunduk memandang mee goreng buatannya di atas meja. Keluhan dilepaskan perlahan. Dia takkan dapat habiskan mee goreng ini keseorangan. Sudahlah duduk di rumah seorang diri membosankan. Dia di tempat baru. Susah untuk dia sesuaikan diri.
Tiba-tiba, bunga idea terpacul keluar dari pokok fikiran. Dia tahu apa yang dia nak buat untuk elakkan rasa bosan.
Telefon diambil lalu ditaip sesuatu sebelum dia menekan butang send. Haura tersenyum. Saji diambil lalu ditutup makanan itu. Lantas kaki terus dilangkah ke biliknya.
♥♥♥♥♥
Sebelah kening terangkat saat membaca mesej dari si isteri. Tak lama sebelum telefon kembali diletak ke atas meja. Kening digaru dengan sebelah tangan membelek kertas kerjanya.
"Apalah dia ni. Itupun nak bagitahu aku ke?" Gumamnya cukup perlahan.
"Siapa, encik?" Kedengaran suara seorang perempuan bertanya. Mata Dariel naik memandang wanita yang berpakaian maha seksi di depan mejanya itu.
'Eh.. yang ni lagi sorang. Busybody betul.'
"Takde apa. Er, ni. Kes yang hari tu punya. Kasi dekat Tuan Jamil." Dariel menghulurkan satu fail kepada wanita berbibir merah itu.
"Baik, Encik Dariel.." Tangannya menyambut huluran fail itu bersama senyuman menggoda. Tangannya pula sengaja menyentuh tangan Dariel.
Dariel terkejut. Mata memandang tajam wanita itu keluar dari pejabatnya dengan lenggok punggungnya.
Belakang tapak tangna yang tersentuh tadi digosok-gosok.
"Bini aku pun aku tak bagi sentuh. Dia sedap-sedap je menyentuh. Kena samak aku balik nanti." Bicaranya perlahan sebelum dia kembali menghadap kerja.
♥♥♥♥♥
Haura tersenyum melihat pokok bunga yang baru dibelinya tadi disiram. Bunga orkid dalam pasu kecil. Dia sudah meminta izin Dariel mahu membeli pokok ini dan menjaganya di rumah. Namun lelaki itu hanya menjawab, 'Ada saya kisah?'
Dia kira mungkin Dariel mengizinkan. Hailaa, susah dapat suami hampeh ni.
"Bila pindah rumah Dariel ni?" Tegur satu suara dari arah depan rumahnya. Haura menoleh memandang wanita tua separuh abad yang sedang berdiri di pintu gril rumahnya.
Haura tersenyum manis.
"Semalam. Kami baru je nikah."
Wajah wanita tua itu tampak terkejut.
"Laa, dah nikah dah Dariel. Baru aje makcik nak buat dia jadi menantu." Kata wanita itu bersama ketawa kecil. Haura tersenyum membalas gurauan wanita itu.
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...