"Aku tak perlukan rancangan macam tu. Bukan dengan cara macam tu nak buat dia jatuh cinta dekat aku!"
💠💠💠💠💠
Daerila berjalan laju keluar dari bangunan tempatnya bekerja sambil tangan memegang fail. Dia perlu cepat memberi fail ini kepada ketua bahagian aset.
Tiba-tiba, matanya tertancap pada figura lelaki di kaunter. Anak matanya dibalikkan. Mana-mana mesti ada saja lelaki itu.
Ah. Lantaklah. Dia terus berlari anak ke bangunan besar yang tersergam indah. Masuk sahaja di dalam, matanya melilau mencari papan tanda. Mana patut dia pergi? Dia tak pernah masuk ke dalam sini.
Tiba di satu lorong, Daerila menggaru kepala. Dia di mana pula ni? Sunyi saja tempat ni. Betullah kan ni bahagian pentadbiran hospital?
Kaki dilangkah laju masuk ke dalam lorong yang agak gelap. Tangan kanan melekap telefon ke telinga sambil tangan kiri memeluk kemas fail kerjanya.
"Kat mana ni?"
Tiba-tiba, tangannya ditarik masuk ke dalam satu bilik kosong yang gelap gelita.
"Si- siapa ni?"
Jeda.
"Ha- Haidar? Awak ke tu? Awak jangan main-main. Saya tak sukalah."
"Ahh!!" Daerila menjerit kuat apabila badannya dihempas ke dinding. Bahunya ditekan kuat.
"Haidar... janganlah main-main macam ni.."
"Aku nak kau layan aku kejap." Bisik satu suara garau menyentuh corong telinganya. Bagai mahu luluh jantungnya mendengar kata-kata itu.
"Siapa..? Tolong jangan.. Sa- saya tak nak.."
Nafas ditiup di telinga Daerila. Air mata mula mengalir keluar. Dia tak mampu menjerit. Tempat itu sunyi. Terlampau sunyi.
Dia tahu. Dia akan jadi lauk baham lelaki durjana di depannya kini. Daerila menangis takut.
"Tolong jangan apa-apakan saya.."
Bum!!
Pintu ditendang kuat dari luar. Tak menunggu lama, penyelamat Daerila itu terus menarik lelaki yang sudah mencium-cium bauan Daerila itu. Tubuh lelaki berbadan gempal itu dihempas ke lantai.
Tumbukan dilepaskan bertubi-tubi ke pipi lelaki itu.
"Iblis!!"
Daerila sudah tak mampu membuka mulut. Lunyai sudah dia tengok lelaki itu. Cahaya yang menerobos masuk ke dalam ruang gelap itu membenarkan dia melihat siapa yang membantunya.
Dia tahu siapa. Dia cuma mahu memastikan hal itu. Dan tertanya benar.
Haidar!
Haidar berjalan ke arah Daerila.
"Awak okey?"
Daerila tak mampu berbicara. Hanya tangisannya semakin kuat. Tangannya menggenggam tudung yang hampir dibuka tadi.
"Jom. Saya hantarkan awak. Awak baliklah ya?"
Daerila masih teresak. Betapa bersyukurnya dia ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu. Betapa takutnya dia sehingga dia hanya mampu diam dan merayu apabila diperlakukan begitu oleh lelaki yang sudah terbaring kaku itu.
"Jom." Haidar memegang lengan Daerila yang menggeletar kuat itu.
"Don't worry. Saya ada. Jom."
Perlahan-lahan kakinya berjalan mengekori langkah Haidar di depan.
♥♥♥♥♥
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...