• Aura Dingin •

1.9K 60 3
                                    

"Kalau kau nak dia, baik kau cuba buka pintu hati kau tu. Sampai bila nak biarkan Haura tergantung tak bertali macam tu?"

💠💠💠💠💠

Pintu bilik lepak mereka dibuka sebelum dia melangkah ke sofa lalu merebahkan punggungnya di situ.

Kawannya semua mula memandangnya hairan. Masuk-masuk aje mengamuk. Dah kenapa?

"Kau dah jarang datang sini, Riel. Dah lama aku tak nampak muka kau lepas kes kau jerkah bini kau hari tu." Tegur Syukri yang seperti biasa bermain permainan videonya di televisyen besar.

"Brother ni dah kahwin kan? Layan bini kat rumah lah. Apa lagi?" Sahut Jiyad pula.

"Senyaplah." Pintas Dariel. Dia tiada mood ni, boleh pula semua sibuk nak menyindir.

Tiba-tiba, pintu dibuka kasar dari luar. Mereka semua pantas melihat kawan mereka yang seorang lagi di muka pintu.

"Kau ni dah kenapa?"

"Stress!" Rizqi menghempaskan punggung di sebelah Dariel.

"Aku hairanlah. Kalau Dariel ni down, Si Rizqi ni pun mesti sibuk nak down juga." Ujar Syukri sambil matanya ralit bermain.

"Yang kesiannya, kita bertiga yang kena pikir dua ekor ni punya problem." Sahut Fadhil pula.

"Ha, kau dulu. Kenapa?"

"Reen nak kahwin." Laju saja dia menjawab.

"Ha, baguslah. Dengan kau? Kau dah propose dekat dia?" Tanya Jiyad masih tak mengerti tentang masalah Rizqi.

"Taklah, Nyet! Tadi, tiba-tiba je dia text aku cakap babah dia nak terima pinangan mamat mana entah."

"Lepas tu? Apa masalahnya? Kau bagitahulah Nureen kau nak kahwin dengan dia. Gentle lah bro. Jumpa bapak dia terus." Celah Syukri.

"Masalahnya, aku tak bagitahu Nureen pun lagi yang aku.. aku.."

"Kau tak confess lagi?"

Rizqi mengeluuh. Kepala digeleng-geleng tanda dia belum meluahkan perasaannya.

"Dah tu, kau confess lah cepat! Tu pun nak kena ajar ke?" Pintas Fadhil geram. Bab-bab perempuan ni jangan bawa gurau. Dia serius nanti.

"Tapi, aku takut." Ujar Rizqi perlahan.

"Woi. Apasal kau jadi makin tak gentleman ni? Dulu kemain kau melayan peminat kau. Sekali suruh kahwin, kelaut." Jiyad memintas tak puas hati. Dariel dari tadi hanya mendengar saja.

"Bukan apa. Aku takut ayah dia tak terima aku." Rizqi menunduk sedikit bermain-main dengan telefon di tangan.

"Jangan risaulah. Nureen terima kau kan?" Celah Dariel pula.

"Entah. Biarlah Nureen tolong bagitahu ayah dia yang dia dah pilih kau. Tak jadilah diorang nak kahwin nanti." Sahut Syukri.

Rizqi senyap. Benarkah Nureen boleh terima diri dia? Walaupun selepas gadis itu mengetahui kebenarannya? Kisah silamnya?

"Baik kau cepat bagitahu dia yang kau suka dia. Orang perempuan ni takkan banyak bunyi kalau kita tak ke depan dulu."

"Kau tengok Syuk. Tunang dia tu hampir kena cantas tau dengan mamat korea. Tapi, nasib baik dia cepat. Sekarang, muka pecah tu jugak dia pilih. Yang penting kau kena luah perasaan kau. Dia terima tak terima tu belakang cerita. Yang penting bagitahu." Nasihat Fadhil.

Dariel senyap. Tiba-tiba, dia teringat tentang Haura dan Thaqeef. Mereka berdua nampak mesra semacam. Sejujurnya, dia rasa sesuatu. Perasaan tak mahu haknya dirampas.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now