"Aku terima nikahnya.."
💠💠💠💠💠
Dariel berlari anak ke arah Lyana yang sedang duduk menunduk di perhentian bas. Matanya menangkap beberapa beg pakaian gadis itu di kaki.
Dariel berdiri di depan Lyana. Lyana mendongak. Dia pantas berdiri.
"Abang Mika! Tolong Lya, abang. Lya tak tahu nak duduk mana."
"Macam mana boleh kena halau ni?" Tanya Dariel sambil mencekak pinggang. Dia mendapat panggilan dari Lyana mengadu padanya yang gadis itu dihalau dari rumah sewanya malam-malam begini.
"Sebab Lya takde duit nak bayar."
Dariel mengeluh. Matanya meliha5 kawasan sekeliling yang hanya ditemani kereta dan lampu jalan. Lyana mendongak memandang Dariel dengan air matanya yang bergenang di tubir.
"Boleh Lya tumpang rumah abang dulu sementara Lya nak cari rumah lain?"
Laju Dariel tunduk memandang Lyana.
"Awak gila ke? Sorry, tapi saya tak boleh nak izinkan awak. Saya tak nak isteri saya salah faham."
"Habis tu, Lya nak duduk mana abang? Lya tak tahu dah nak buat apa sekarang. Lya takde sape-sape." Kata Lyana sebak.
Dariel mengeluh.
"Jomlah. Saya bawak awak tinggal di rumah sewa saya dulu. Awak duduk situ sementara saya carikan awak rumah lain."
Lyana pantas memandang Dariel yang sudah berjalan ke keretanya. Laju dia mencapai begnya lalu dibawa ke kereta Dariel.
♥♥♥♥♥
Dariel membuka pintu biliknya dengan keluhan lelah. Penat dia malam ni.
Bunyi sahaja pintu bilik dibuka dari luar, Haura yang sedang terbaring terus bangun dengan wajah teruja.
"Abang. Kenapa lambat? Abang pergi mana?" Haura turun lalu berlari anak ke arah Dariel. Matanya mencari sesuatu pada Dariel.
"Mana roti?"
Dariel terdiam sebentar. Dia menoleh memandang Haura yang sudah tersengih lebar.
"Er, a- abang lupalah. Haura nak apa eh tadi?" Tanya Dariel agak risau.
Senyuman Haura terus mati.
"Macam mana abang boleh lupa? Abang keluar tadi, abang buat apa?"
Dariel berpaling dari pandang Haura. Otaknya mula memerah idea untuk membohongi Haura.
"Abang keluar sejam tau, abang pergi mana?" Tanya dia mula curiga dengan Dariel.
Dariel menelan liur kelat.
"Abang, Haura tanya ni. Abang pergi mana? Abang jumpa siapa?" Tanya Haura lagi.
Dariel senyap mengetap bibirnya. Apa yang dia nak jawab ni?
"Abang..." Lengan Dariel digoncang.
"Tak- tak pergi mana-mana punlah. Abang isi minyak lepas tu terus lupa." Jawab Dariel cuba berbohong.
"Abang tipu! Abang cakap dekat Haura. Haura tak percaya." Lengan Daroel digoncang lagi.
"Haura.." Dariel cuba melepaskan lengannya dari pegangan Haura.
"Abang bagitahulah.. Abang pergi mana??"
Dariel berdecit.
"Haura!" Matanya tajam merenung Haura yang terdesak mahukan jawapan jujur darinya.
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...