• Luahan Sepi •

1.9K 73 1
                                    

"Saya sukakan awak dari zaman universiti lagi."

💠💠💠💠💠

"Abang bila lagi balik? Bukan abang belajar dekat UK ke?" Tanya Nureen ramah. Terlebih ramah sebenarnya jika bersama Rizqi.

"Sampai bila nak belajar Reen oi. Abang dah grad dah pun." Balasan Rizqi membuat mata Nureen membulat.

"Abang dah kerja ke?"

Rizqi tersenyum nipis. "Abang ni takdelah hebat sangat macam Dariel tu sampai belum balik lagi dah ada job."

"Habis tu?"

"Abang masih tunggu tawaran dari mana-mana universiti." Jawab Rizqi sambil merenung tangan di atas meja. Bibirnya masih tak lepas dari terus menguntum senyuman.

"Universiti?"

"Iya. Sebab abang rasa abang nak jadi lecturer je."

"Oh.. Kat mana?"

Rizqi mengangkat bahu. Kepala ditoleh memandang Nureen di sebelah.

"Mana-manalah. Yang nak tawarkan abang kerja, abang follow je." Jawab Rizqi lembut. Jujur, hatinya terasa lapang berbual dengan Nureen. Dari dulu sampai sekarang, budak ini masih lagi comot. Dan itulah yang membuat dia makin suka dengannya.

"Ala, kalau boleh abang janganlah kerja dekat tempat jauh sangat." Tercebik bibir Nureen.

Badan Rizqi dipalingkan sedikit menghadap Nureen dengan tangannya masih tersalut nasi. Keningnya bertaut.

"Kenapa pula?"

"Nanti kita kena berjauhan lagi sekali. Reen kena uruskan restoran babah kat sini. Mana boleh Reen ikut abang." Sesekali anak matanya naik memandang Rizqi.

"Eh. Memang tak boleh pun. Awak tu budak lagi. Bawah jagaan babah awak. Abang ni sape je. Mana boleh nak ikut." Balas Rizqi laju. Nureen masih bujang. Anak gadis bapanya. Memang tak patut kalau Nureen mengikutnya ke tempat kerjanya sedangkan mereka tiada ikatan yang sah.

"Umm.. Tapi kalau kita kahwin, Reen boleh ikut abang kan?"

Mendengar itu, Rizqi terus terdiam. Dadanya sudah berombak kuat. Kahwin? Memang itulah yang selalu difikirkannya selepas dia pulang ke tanah air. Berkahwin dan menjadikan Nureen sebagai permaisuri hidupnya.

"Ehem. Awak jangan nak mengarutlah." Rizqi memalingkan semula wajah pada makanan di depan. Buat masa sekarang, dia tak mahu memikirkan lagi tentang hal kahwin. Sebelum dia melamar Nureen, dia harus punya kerja terlebih dahulu.

Nureen mencebik bibir. Mata tunduk melihat makanan. Sedihnya hati.. Abang Rizqi tak mahu kahwin dengan dia.

Apabila sedar Nureen hanya diam, Rizqi mengerling sebelah. Melihat wajah masam Nureen membuat dia tersenyum. Geram aje dia mahu mencubit pipi Nurin yang dibuat-buat kembung itu. Nasib belum halal. Kalau tak, dah lama dia angkut bawak balik. Eh?

"Amboi... bestnya dia dating kat sini." Tegur satu suara halus membuatkan mata mereka berdua sama-sama naik memandang gerangan tersebut.

Serta merta pandangan Rizqi bertaut dengan pandangan Haidar. Haidar tersenyum sinis manakala Rizqi sudah mengetap gigi. Hatinya mula panas melihat Haidar. Lelaki ini memang bermusuh dengan Dariel tetapi itu tak bermakna hubungan dia dan Haidar baik. Jika sudah bermusuh dengan salah seorang, yang lain juga pasti akan turut terkena tempias. Tambahan lagi, dia yang paling rapat dengan Dariel. Pastilah dia juga terasa bahangnya.

"Semak." Desisnya perlahan. Nureen menoleh ke arah Rizqi.

"Apa abang cakap?" Dia seperti terdengar sesuatu dari sebelah.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now