Be gentle, husband..
💠💠💠💠💠
"Assalamualaikum."
Selepas menyangkut kunci dan meletak beg kerja di atas sofa, Dariel berjalan ke dapur. Matanya terpandang Haura yang sedang elok mengisar buah naga. Nak buat juslah tu. Tak habis-habis dengan buah naga dia tu. Lauk pauk pula terlihat sudah terhidang di atas meja.
Dariel tersenyum. Ini pasti tak dengar dia memberi salam ni. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Haura.
Dari belakang, pinggang Haura dipaut. Haura terus berpaling lalu mendongak memandangnya.
"Eh? Awak dah balik?"
Dariel tersenyum. Bibirnya dirapatkan ke bibir Haura. Haura yang faham akan keinginan suaminya terus memejam mata rapat. Perlahan-lahan tangan Haura melingkar ke leher Dariel.
Agak lama mereka berkelakuan begitu sebelum mereka meleraikan tautan. Masing-masing tersenyum. Dariel mengucup bibir Haura beberapa kali. Haura tergelak. Dada Dariel ditolak lembut.
"Awak, pergi mandi. Nanti kita makan sama-sama. Saya dah masakkan awak ni."
"Tak boleh ke kalau saya nak makan awak dulu?" Hidung dilarikan ke leher Haura. Isterinya ini tak pernah tak wangi.
"Awak..." Haura menolak Dariel dari terus menciumnya.
Dariel tergelak. Sekali lagi bibir Haura dikucup sekali.
"Awak!"
Dariel melepaskan pautan pada pinggangnya. Dia bergerak mahu ke bilik tidur mereka. Dari jauh Haura hanya tersenyum bahagia. Bahagia dengan cinta Dariel.
♥♥♥♥♥
Haura berdiri memerhati badannya di depan cermin. Bibirnya menarik senyum simpul. Matanya turun naik melihat bentuk badannya.
Tiba-tiba, kedengaran pintu bilik air dibuka dari dalam. Haura menoleh. Dariel yang baru keluar terkaku saat terpandang Haura di depan mata. Matanya turun naik meneliti figura isterinya.
Matanya tak boleh lari dari melihat bentuk badan Haura yang memikat. Dia tak tahu badan Haura secantik ini. Laju kakinya dilangkah ke arah Haura. Pinggangnya Haura dipeluk.
"Haura.."
Haura menolak dada Dariel yang tak berlapik itu.
"Kejap ya, awak. Kita solat dulu."
"Tak boleh lagi?"
Haura tergelak kecil. Kepala digeleng.
"Tak boleh. Kita solat maghrib dulu lepas tu tunggu isyak pula." Tangan Haura naik mengusap rambut basah suaminya.
"Lepas tu, barulah awak boleh buat apa yang awak nak." Katanya lembut.
Dariel berkerut. "Haura, awak memang suka seksa saya kan?"
Haura tergelak. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Senang mengusik suaminya yang seperti kecewa kerana tak dapat menunaikan hajat lelakinya.
♥♥♥♥♥
Haidar💋
Okay, good night sayang.
Dream about me💗Hujung bibir Daerila segera naik. Dia tersenyum gembira.
"Ahh!!" Daerila tergolek-golek di atas katil sambil mencium-cium skrin telefonnya.
Dia tergelak-gelak. Daerila bangun. Dia tersenyum lebar.
"Aku rasa aku dah betul-betul jatuh cinta dekat dia." Dadanya yang berombak kuat dipegang kemas.
"Eee! Tak sabar nak bagitahu Haura."
♥♥♥♥♥
Dariel laju menghempaskan badannya di atas katil di sebelah Haura. Haura tergelak sambil kepala digeleng-geleng.
"Awak ni tak menyabar." Ujar Haura lembut. Dariel tersenyum.
"Ya, saya tak boleh sabar."
Haura tergelak kecil. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. Dia belum membasuh pengisar tadi.
"Kejap, awak. Saya nak-" Belum sempat Haura mahu pergi, lengannya ditarik lalu ditindih Dariel.
"Jangan nak lari."
Dariel mula menunduk lalu mencium kulit isterinya. Haura hanya diam memberi semuanya kepada suami. Tiba-tiba, telefon Haura berdering nyaring.
"Sorry, awak. Kejap ya?" Haura bangun lalu membetulkan baju. Telefon di atas meja dicapai.
Dariel berdecit.
"Siapa call? Mengganggu jelah malam-malam ni." Rungutnya tak puas hati.
"Ila." Jawab Haura sebelum dia mengangkat panggilan dari Daerila itu.
"Ha, kenapa Ila?"
"Rara, kau dah tidur ke? Aku ada benda nak cerita dekat kau ni." Kata Daerila bersungguh.
"Belum. Kau nak cerita apa?"
"Pasal petang tadi. Aku dengan abang sepupu kau."
Tiba-tiba, Dariel merampas telefon Haura dan dilekapkan ke telinganya. Terkejut Haura dibuatnya.
"Sorry, tapi aku dan Haura ada kerja sekarang. Lagi penting dari kau punya cerita tu." Kata Dariel selamba.
"Eh apa ni bang? Orang nak story telling ni! Bagi balik dekat Haura!" Jerit Daerila tak puas hati.
"Esok-esok je. Kami nak buat pahala. Bye." Terus panggilannya ditutup. Sempat juga dia men-silent-kan telefon Haura dari terus berbunyi jika menerima panggilan.
"Kesian Ila. Dia nak cerita tu." Ujar Haura lembut. Dariel mencebik. Telefon diletak di atas meja.
"Macamlah esok tak boleh. Dahlah dia ni kalau bercerita sampai ke subuh pun sanggup." Balas Dariel kenal sangat dia dengan adiknya itu.
Haura ketawa kecil. Dariel tersenyum memandang Haura.
"Sekarang, boleh kita sambung tak sayang?"
Dariel tersenyum. Tangan menutup lampu tidur di sebelah katil mereka meninggalkan hanya cahaya bulan menerangi ruang bilik itu.
Be gentle, husband..
🔹
🔹
🔹
🔹
🔹
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...