• Pergi •

2K 52 1
                                    

"Ummi please pujuk dia, ummi?"

💠💠💠💠💠

Haura membuka pintu kereta Rizqi lalu keluar dengan perutnya yang memboyot.

"Kak, tunggulah kak. Ingat anak, kak!" Haris yang juga mengikut keluar dari kereta.

Haura membuka pagar rumah teres itu. Dia melihat menerusi ke dalam rumah. Dia perlu tahu adakah suaminya curang atau tidak. Dia mahu pastikan hal itu.

Tiba-tiba, pintu rumah dibuka dari dalam. Haura terpana melihat dua manusia di depan mata. Air matanya bergenang.

Terlihat Dariel sedang memimpin Lyana yang keluar dari rumah, dia berkerut.

"Abang.."

Mendengar teguran itu, Dariel segera memandang seseorang yang berdiri di pagar rumah sewanya. Matanya terbuntang luas dan badannya keras.

Tak menunggu lama, kaki Haura laju dilangkah dari kawasan rumah sewa Dariel itu.

"Haura!" Dariel melepaskan Lyana lalu berlari ke arah Haura. Lengan Haura dipaut.

"Sayang, bukan macam tu sayang. Dengar abang dulu."

Haura merentap lengannya.

"Haura tak nak dengar apa-apa. Abang pergilah dekat dia tu. Haura nak balik." Haura terus menembus masuk ke dalam kereta Rizqi. Pintu kereta terus dikunci.

"Haura, jangan macam ni. Abang boleh explain." Dariel cuba membuka pintu kereta namun tak boleh.

Rizqi memandang Dariel.

"Riel, dia pregnant tu. Emosi dia tak stabil. Aku bawa dia balik dulu. Kau pergi uruskan perempuan tu. Lepas tu, kau balik explain elok-elok dekat bini kau." Bahu Dariel ditepuk.

Dariel senyap. Dia melihat Haura yng menangis teresak-esak di bahagian penumpang belakang. Dariel mengangguk.

"Kau boleh jaga dia kan?"

Rizqi mengangguk. Haris juga masuk ke dalam kereta Rizqi. Dariel memandang sayu kereta yang meluncur pergi.

Dia mengeluh. Dia berpaling melihat Lyana. Dia mendengus sebelum dia melangkah ke arah gadis itu.

"Tengok apa yang awak dah buat, Lyana. Isteri saya dah salah faham. Kenapa saya nak hantar awak ke hospital, awak tak nak?" Marah Dariel tak puas hati. Gara-gara mahu menjaga Lyana, dia perlu kurangkan masa bersama Haura.

Lyana menggeleng tak mahu.

"Sebab Lya penat duduk hospital. Lya takde siapa-siapa."

Dariel mengeluh.

"Dahlah. Awak duduk rumah. Saya takkan datang sini sampai isteri saya baik. Dan awak pula jangan memandai-mandai nak call saya." Dariel terus berlari anak ke keretanya yang diparkir di luar kawasan rumah.

Lyana dari jauh memandang kereta Dariel hiba. Kenapa susah sangat hati Dariel mahu terbuka untuknya?

♥♥♥♥♥

Dariel senyap berhadapan dengan Encik Habib. Sumpah dia tak sangka Haura akan melarikan diri ke rumah ibu bapanya.

Terkejut dia apabila dia mendapat panggilan dari Haris bahawa Haura berkeras mahu ke rumah orang tuanya. Tanpa berfikir lebih panjang, dia terus ke rumah Encik Habib. Dia tak kisah kalau bapa mertuanya mahu menjerkah dia ke apa. Asalkan dia boleh bawa Haura balik. Tak sanggup dia mahu hidup keseorangan di rumah itu.

Dariel memandang Encik Habib yang sedang merenungnya tajam. Puan Ibtisam turut melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

"Boleh terangkan apa yang jadi sekarang?" Tegur Encik Habib tegas. Terkejut juga dia apabila menerima kehadiran Haura yang menangis teruk di depan rumah.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now