• Marah-Marah Manja •

2K 74 2
                                    

"Awak ingat saya ni takde muka ke apa nak sweet-menyeweet bawak bini datang office?"

💠💠💠💠💠

Haura dan Dariel melangkah masuk ke dalam rumah kondominium milik Dariel. Luas dan cantik. Mewah pula tu. Haura tersenyum melihat kekemasan dan kebersihan ruang besar itu.

Matanya teralih memandang Dariel yang sedang elok meneguk air kosong berdekatan peti sejuk besarnya.

Haura tersenyum. Suaminya tak pernah tak kacak. Dan seksi menggoda!

Haura tersengih. Kepala digeleng laju lalu menampar kedua-dua pipinya. Malu dengan diri sendiri yang gatal membayangkan tubuh Dariel tanpa baju.

Kening Dariel sedikit terangkat.

"Dah kenapa pula dengan perempuan ni?" Gumamnya perlahan sambil tangan meletak botol ke dalam peti.

"Dalam rumah ni takde bibik?" Tanya Haura menutup tabiat buruknya tadi.

"Takde. Kenapa? Malas nak buat kerja rumah?" Bidas Dariel bersahaja. Dijelingnya Haura dengan hujung mata. Lelaki ini memang suka menyakitkan hati orang.

Haura mencebik. "Mana ada. Saya cuma tanya je."

Mahu sahaja dia merajuk kerana dituduh malas sedangkan dia tak pernah sekalipun malas mengemas. Malah, memang hobinya mengemas! Tetapi, bukannya Dariel akan pujuk kalau dia merajuk sekalipun.

Haura perlu ingat. Dariel bukan seperti abi yang lemah lembut dengan ummi. Yang akan sentiasa memujuk ketika Ummi merajuk dengannya.

Ya, Haura perlu sentiasa ingat. Walaupun dia sentiasa menginginkan suami seperti abi, yang sentiasa menolong ummi, melayan ummi dengan baik, membelai ummi kala malam, tetapi dia perlu tahu. Dariel ialah suaminya sekarang. Apa sahaja sikapnya, Haura perlu terima dengan hati terbuka. Dia pasti, lama kelamaan Dariel pasti terbuka hati untuk menerimanya sebagai seorang isteri.

"Tak. Saya kemas sendiri je semua. Takde masa nak upah-upah bibik bagai. Membazir duit je." Balas Dariel sekaligus menyentakkan lamunannya.

"Jadi, awak kemas semua ni? Rajinnya awak." Puji Haura lembut. Dia suka lelaki yang pandai mengemas.

Dariel hanya tergelak sinis. Malas melayan nampak gayanya. Kaki melangkah ke ruang laluan bilik. Tiba-tiba, dia terasa hujung bajunya ditarik sedikit membuatkan langkahnya terhenti serta merta.

Dariel menoleh melihat Haura yang sedang mendongak memandangnnya. Maklumlah, dapat suami tinggi. Dia pula pendek kalah budak 10 tahun.

"Pe?"

"Kita tidur bilik asing ke?"

Mendengar pertanyaan Haura, Dariel tergelak sinis. Baju direntap kasar dari genggaman Haura.

"Awak ingat ni drama melayu ke? Tidur asing-asing? Saya pun tahu hukum-hakamlah. Tidur je dengan saya pun. Bukannya saya nak buat apa-apa dekat awak. Tak kuasa." Ujar Dariel sambil kaki melangkah ke arah bilik mereka.

Haura yang perlahan-lahan mengekorinya hanya mampu diam tak membalas.

Memang Dariel ni tidak sukakannya melihatkan cara layanan Dariel kepadanya. Tetapi, dia sedikit bersyukur kerana seteruk-teruk Dariel, suaminya ini masih melayan dia dengan baik walaupun acuh tak acuh.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Haura terlopong. Matanya melilau memerhatikan ruang sekeliling dalam bilik itu. Walaupun dia juga dari keluarga yang berada, tetapi abi menerapkan nilai bersederhana. Dia tidak pernah merasa kemewahan yang sebegini.

"Waahh! Cantiknya bilik awak!!" Kakinya terlompat kecil kerana terlalu teruja.

"Heh. Biasalah." Ujar Dariel sedikit berbaur riak. Dia beli rumah ini dengan duitnya sendiri tahu? Dia juga menghias rumah dengan ideanya sendiri.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now