• Perasaan •

1.4K 49 0
                                    

"Habis tu, perasaan Lya macam mana?"

💠💠💠💠💠

Ting!

Dariel mencapai telefon bimbit dengan malasnya. Sebaik saja matanya melihat nama yang tertera pada skrin, serta merta matanya menjadi segar bugar.

Haura Imani
Assalamualaikum awak. Awak sibuk ke? Saya nak call awak tapi takut awak busy. Awak dah makan?

Dariel tersenyum. Nombor Haura ditekan sebelum diletakkan pada telinga. Beberapa saat ianya berdering sebelum satu suara menyapa.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, sayang. Buat apa?"

"Rindukan awak. Dah dua hari awak tak balik."

Dariel tersenyum.

"Sorry. Sekejap je lagi. Nanti saya balik ya?"

"Okey.. awak dah makan dah?"

"Belum. Saya nak kena siapkan kerja-kerja ni dulu."

"Kerja, kerja juga. Makan kena jaga. Nanti awak sakit. Awak nak saya bawakkan makanan tengah hari?"

Dariel tersenyum lebar. Namun, tak lama sebelum dia melihat keadaan pejabatnya. Beberapa pekerja ada yang masih tidur. Mereka harus siapkan fail untuk kes besar antara ahli korporat.

"Er, takpelah awak. Awak jangan risau. Ada yang tolong belikan makanan. Saya makan nanti."

"Okey.. makan tau. Saya tak nak awak sakit."

Dariel tersenyum. Ni yang dia geram nak balik ni. Nak gomol isteri.

"Em.."

"Dariel. Ada orang nak jumpa awak." Panggil seorang rakan sekerjanya. Dariel mengangguk.

"Er, Haura. Saya dah nak kena pergi ni. Ada orang nak jumpa. Jumpa kat rumah nanti ya?"

"Okey. Assalamualaikum. Bye, awak. Love you."

Dariel memegang dadanya. Beratnya dia mahu menutup panggilan isteri!

"Ya, waalaikumussalam. Love you too, sayang."

Panggilan mati. Dariel mengeluh. Dia melihat rakan sekerja perempuannya yang sedang tersengih memandangnya.

"Kenapa?" Tanya dia hairan ditenung begitu.

"Rindu bini ke, Riel?"

Dariel mendengus.

"Mestilah. Saya rasa nak balik je sekarang."

"Biasalah, Riel. Saya pun sekarang rindukan suami dan anak-anak saya. Haii.. Inikan pula awak yang baru kahwin." Puan Yani mengeluh.

Dariel tergelak kecil. Ni baru bini. Kalau dia ada anak? Tak ke bertambah rindunya?

"Siapa yang nak jumpa saya tu?" Tanya Dariel yang sudah berdiri sambil membetulkan tali lehernya yang melonggar.

"Tu. Kat luar tu. Tak tahulah siapa."

Dariel terus berjalan keluar dari pejabatnya yang bersepah teruk. Dari jauh dia sudah nampak seorang gadis sedang duduk membelakanginya.

"Cik...?" Tegur Dariel.

Gadis itu segera berpaling. Serta merta Dariel berkerut.

"Lyana? Awak buat apa kat sini?"

Lyana melangkah ke arah Dariel yang berdiri kaku.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now