• Ego Perempuan •

1.5K 54 2
                                    

"Saya bagi awak 10 minit. Untuk jelaskan semuanya."

💠💠💠💠💠

Daerila berjalan perlahan sambil mengheret beg bagasinya. Puan Malaiqa dan Encik Daim menghantarnya sehingga ke pintu.

"Betul ni tak nak mama dengan papa hantarkan sampai airport?" Tanya Encik Daim inginkan kepastian.

Daerila menggeleng sambil tersenyum.

"Takpe."

"Baby cuba cakap dengan mama. Kenapa nak melancong sampai dua bulan, sayang? Ada lelaki sakitkan baby ke? Bagitahu mama."

Daerila senyap. Kalau mama dan papanya tahu Haidar sudah melukakan hatinya, pasti hubungan dengan keluarga Haura pun akan terjejas. Bukan dia tak tahu sikap overprotective mama dan papanya.

"No. Saja je. Baby rasa nak tenangkan diri sorang-sorang. Mama jangan risau. Baby okey duduk sana. Macam tak biasa."

"Tapi, takdelah lama sangat sampai dua bulan. Mama risaulah."

"Nothing will happen, okey? Okeylah, mama papa. Baby dah lambat ni. Nanti terlepas flight pula. Baby pergi dulu ya?" Daerila tunduk mencium tangan Puan Malaiqa dan Encik Daim.

"Jaga diri baik-baik."

Daerila mengangguk sebelum dia meloloskan diri ke dalam teksi. Rumah besar milik papanya dipandang lama. Dia sayang mahu tinggalkan mama dan papa tetapi apakan daya. Hatinya terlampau terluka. Dia mahu membawa diri untuk tenangkan jiwanya.

Dia mahu tinggalkan semua ini sekejap dan dia akan pulang bersama Daerila yang berbeza. Hatinya akan terkunci rapat yang akan tiada sesiapa dapat masuki.

Terutama Haidar.

♥♥♥♥♥

8:26 am

Daerila keluar dari teksi lalu menbawa bagasinya masuk ke dalam ruang berhawa dingin. Kaki dilangkah ke pintu gerbang.

"Putri Daerila Mikayla, Putri Daerila Mikayla."

Daerila terhenti melangkah. Dahinya berkerut seribu. Dia tak salah dengarkan? Itu namanya kan?

"Daerila, saya minta maaf."

Daerila terpana. Suara ni..

"Saya minta maaf. Saya takde niat nak mainkan perasaan awak. Saya sayang awak. Jujur, saya sayang awak sangat." Suara dari pembesar suara itu bergema satu ruangan lapangan terbang ini.

Daerila memejam mata. Malunya usah dikata. Dia melihat orang sekeliling. Mereka semua terpinga-pinga. Siapa yang buat announcement cinta di tengah-tengah airport ni?

Buku limanya dikepal. Lagi dia rasa malu apabila beberapa pengawal mula berlari sana sini untuk menangkap siapa uang membuat kecoh.

"Sumpah saya cintakan awak separuh mati. Saya nak hidup dengan awak. Saya nak kahwin dengan awak. Saya tak tipu, Daerila. Saya menyesal."

"Daerila, saya sanggup buat apa saja asalkan awak dengar penjelasan saya dan maafkan saya. Terima saya balik dalam hidup awak. Saya cintakan awak, Daerila."

Daerila terdiam. Kakinya keras di tengah-tengah orang yang lalu lalang.

"Saya minta sangat awak jumpa saya di taman. Please? Tolong dengar saya explain dulu."

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now