• Mahu Tak Mahu •

1.6K 61 0
                                    

"Haura tu tidur dengan Daerila. Budak tu sibuk nak ajak bini Riel tidur dengan dia."

💠💠💠💠💠

Tiba waktu makan malam, Haura dan Daerila menghidang lauk pauk di atas meja makan. Pinggan nasi juga dicedok untuk Encik Daim, Puan Malaiqa dan Dariel. Mereka semua melabuhkan punggung di meja makan bagi mula makan malam.

"Haii.. bosannya rasa suasana di meja makan kita ni." Tegur Puan Malaiqa sengaja selepas sesi membaca doa dari Dariel.  

"Bosan apanya. Riel ada, baby tu ada. Tu, menantu kesayangan mama pun ada." Sempat lagi dia menyindir. Puan Malaiqa menjeling.

"Yalah. Memang tak bosan. Tapi, kan lagi meriah kalau ada budak-budak?"

"Panggil je anak yatim."

"Anak yatim tu anak yatimlah. Mama sekarang ni tengah cakap pasal anak kamu. Bila nak berisi? Mama tak sabar nak ada cucu ni." Kata Puan Malaiqa semakin geram.

"Kitorang baru je kahwin tak sampai dua minggu, ma." Jawab Dariel malas. Dia tak boleh biarkan Haura buka mulut dalam hal ni. Tak pasal-pasal ditabur janji macam-macam. Urgh, tak mahulah dia. Dia masih tak bersedia mahu punya anak bersama wanita yang dia tak cinta. Lagi-lagi, mereka perlu melalui 'proses' itu. Lagilah dia tak rela.

"Alah, mana tahu. Kamu tu kan kuat. Kut-kut dah lekat ke? Cepat papa dapat cucu lelaki." Sahut Encik Daim selamba. Dariel sudah senyap tak mahu menjawab.

"Haura? Bila nak ada anak?" Tanya Puan Malaiqa kepada Haura pula.

Haura tersenyum. Dia memandang Dariel di hadapan. Lelaki itu tampak merenung tajam dirinya bagai mahu menelan. Itu tandanya Dariel mahu dia menjawab jawapan seperti dia. Iaitu..

"Takde rezeki lagilah, ma. Tapi, nanti kalau dah ada, Haura cepat-cepat bagitahu mama dengan papa."

"Macam mana nak ada anak kalau abang ni layan tak layan je Haura ni. Entah dah first night ke tidak tu." Celah Daerila pula. Dariel menjegil adiknya di depan. Daerila menjelir lidah ke arahnya dengan mata dibalikkan. Kurang asam punya budak mentah!

"Ha, itulah. Mama tengok kamu ni tak berapa nak bermanja dengan Haura. Mama jadi tertanya-tanya, kamu ni betul ke layan Haura baik ni?" Sampuk Puan Malaiqa setuju dengan pernyataan Daerila.

Dia memang sudah lama perhatikan Dariel. Anak lelakinya itu yang layan acuh tak acuh saja Haura. Kadang-kadang tak dilayan langsung ketika Haura sedang bercakap dengannya.

Dariel mengeluh.

"Mama, Riel tak suka tunjuk mesra depan orang. Mama tak tahu, belakang mama, 5 kali sehari Riel terkam Si Haura ni ma." Jawabnya selamba.

Daerila terus terbahak-bahak ketawa apabila mendengar akuan palsu abangnya itu. Nak menipu konon. Dia tahulah Haura selalu report padanya tentang sikap Dariel. Dia yang selalu tanya sebenarnya sebab mahu menolong kawan baiknya mengambil hati Dariel.

Haura pula sudah menunduk malu. Walaupun itu semua hanyalah auta semata-mata, tetap dia rasa malu yang amat. Ada pula dijawabnya begitu. 

"Orang tanya dia serius, dia main-main pula." Puan Malaiqa menggeleng kepalanya. Penat dia dengan Dariel ini.

Dariel hanya diam menyuap nasi ke dalam mulutnya. Ini yang sebenarnya membuat dia malas mahu pulang. Pasti akan ditanya dan dibebel macam-macam.

♥♥♥♥♥

Ketika elok Haura menyikat rambut basahnya di hadapan cermin, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu dari luar. Haura berlalu ke pintu lalu membukanya. Kelihatan Daerila sedang terpacak di depan bilik. Mata Daerila dikerling memandang abangnya yang sedang sedap landing di atas katil sambil menilik telefonnya.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now