• Pujukan Haura •

1.9K 62 0
                                    

"Lain kali saya tak nak tengok awak dengan budak Thaqeef tu. Saya tak nak awak keluar dengan dia, makan dengan dia, hantarkan awak sekalipun."

💠💠💠💠💠

Haura bangun dari terus berbaring. Jari telunjuk digigit sebelum dia menoleh ke sebelahnya.

Kosong.

Haura memegang dadanya yang berdegup kencang.

Kenapa? Dariel marah dia kan? Tapi, kenapa lelaki itu marah? Kerana dia keluar tanpa izin? Atau dia tak menjawab panggilan Dariel? Atau kerana orang yang menghantarnya tadi ialah Thaqeef?

Haura menggeleng kepala laju. Tak guna dia berteka teki begini. Lebih baik dia bertemu empat mata dengan Dariel dan memujuknya.

Nafas ditarik bagi mengumpul kekuatan. Pantas badan dibawa keluar. Sebelum ke bilik kerja suaminya, sempat dia membancuh kopi kegemaran Dariel. Takkan nak memujuk dengan tangan kosong?

Tiba di hadapan bilik, pintu bilik kerja Dariel diketuk sebelum perlahan-lahan dipulas tombolnya. Kepala diintai.

Pandangannya tertancap pada Dariel yang sedang menulis di meja kerja.

"Assalamualaikum."

Dariel menjawab. Tapi, perlahan saja suaranya. Matanya juga tak teralih dari merenung kertas di atas meja.

Haura berjalan ke arah Dariel.

"Awak marah saya ke?"

Sepi. Suasana di dalam bilik itu hanya sepi bertemankan kedinginan.

"Saya ada buatkan kopi untuk awak. Awak minum ya?" Cawan diletak ke atas meja di sebelah komputer Dariel.

"Em." Hanya itu sahaja disahut Dariel.

Haura senyap. Hatinya mula tersinggung dengan sikap dingin Dariel. Jiwanya sebak!

"Buat apa lagi kat sini? Keluarlah." Halau Dariel dengan suara yang kasar dan mendatar.

Haura laju mencapai tangan Dariel lalu dikucup lembut.

"Awak, saya minta maaf. Saya dah buat salah dengan awak. Saya berdosa." Air matanya mula mengalir keluar.

Tak sanggup dia dilayan dingin begini oleh Dariel. Dia mahu Dariel yang dulu. Yang selalu menyampah dengannya, rimas dengannya dan annoyed dengannya.

"Saya janji lain kali saya bagitahu awak awal-awal. Saya janji." Esakan mula kedengaran menyentuh alat pendengaran Dariel.

Dariel mengeluh. Tangannya ditarik lalu dia berdiri di hadapan Haura. Dagu Haura diangkat.

"Takkan pasal tu pun awak nak nangis? Jangan nak cengeng sangat boleh tak? Menyampahlah saya tengok." Bebel Dariel sambil jari menyeka air mata Haura.

Entah kenapa, dia tak suka melihat air mata jernih milik isterinya itu. Dia rasa sesuatu yang sesak di dada. Cuma dia tak tahu apa.

"Saya minta maaf, awak. Tsk. Saya janji saya tak buat macam tu lagi dah. Awak jangan marahkan saya dah." Haura masih teresak-esak.

Dariel senyap sebentar sebelum dia kembali duduk.

"Dahlah. Pergi masuk tidur. Dah lewat ni."

"Awak maafkan saya?" Tanya Haura dengan suaranya yang masih sebak. Dariel mengeluh.

"Ya, saya maafkan awak. Pergi."

Haira pantas mengelap air matanya dengan lengan baju tidurnya.

"Awak tak nak tidur?"

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now