"Lya jahat ke?"
💠💠💠💠💠
"Sayang."
"Hm." Sahut Haura yang sedang elok membasuh pinggan mangkuk selepas makan tengah hari tadi.
Dariel melabuhkan punggung di meja di belakang Haura.
"Jom? Ikut abang."
Haura berpaling apabila dia sedang meletakkan pinggan-pinggan ke atas rak. Dia berkerut.
"Ikut abang pergi mana?"
"Jumpa Lyana."
Riak wajah Haura serta merta berubah kelat. Dariel berdiri lalu berjalan ke arah Haura. Bahu isterinya dipaut.
"Abang nak betulkan semua salah faham ni. Jom?"
Haura senyap menunduk. Dia berfikir sejenak sebelum dia mendongak memandang Dariel. Dia mengangguk kecil. Sampai bila dia mahu curiga dengan Dariel. Dia perlu tahu hal sebenar.
Dariel tersenyum kecil. Dia mahukan kembali kepercayaan Haura. Dan dia juga tak mahu Lyana terus menerus mengganggu rumahtangganya.
♥♥♥♥♥
Dariel dan Haura sama-sama berdiri di hadapan rumah sewa Dariel. Kemudian, pintu rumah dibuka dari dalam oleh seorang gadis berbadan halus. Wajah Dariel dan Haura dipandang bersilih ganti.
"Abang Mika?"
"Boleh kami masuk, Lyana?"
Lyana mengangguk sebelum dia membuka pintu lebih luas. Dariel dan Haura melangkah masuk ke dalam lalu melabuhkan punggung di atas sofa.
"Nak Lya buatkan air?" Tanya Lyana sambil matanya melihat perut Haura yang sudah membesar itu.
"Takpelah, Lya. Kami datang nak bincang something dengan awak." Balas Dariel.
"Bincang apa?" Lyana duduk di hadapan Dariel dan Haura.
"Awak tahukan yang saya dan isteri saya bergaduh besar sebab awak? Semua salah faham ni berpunca dari awak." Kata Dariel tegas.
Lyana menunduk.
"Memang semuanya salah Lya ke, abang?" Tanya dia sayu. Sejak Haura mengamuk di depan rumah kerananya membuat dia rasa serba salah. Dia sudah mula menyalahkan diri. Penyakitnya dulu pun mula bertandang kembali. Dia mula rasa mahu menghukum diri.
"Tak. Saya mengaku ada salah saya juga. Tapi, macam saya cakaplah. Kalau awak cakna, semua ni takkan jadi. Saya dah banyak kali cakap dekat awak, jangan kacau saya lagi."
"Tapi, saya tak salahkan awak sepenuhnya sebab memang saya ada janji dengan arwah atuk dulu yang saya akan jaga awak. Lagi-lagi masa awak susah macam ni."
"Tapi, sepatutnya awak tak kerap call saya. Suruh saya datang sini luangkan masa dengan awak. Dan bila saya nak hantar awak ke hospital, awak tak nak. Bila saya nak upah orang jagakan awak dalam rumah ni pun awak tak nak. Awak nak saya yang buat semua untuk awak."
"Macam mana isteri saya boleh tak salah faham dengan semua ni?"
Lyana menunduk bermain dengan jari jemarinya mendengar kata-kata tegas Dariel.
"Lya memang takkan dapat abang ke?" Tanya dia sedih.
Dariel mengeluh.
"Saya dah banyak kali cakap. Saya cuma perlukan isteri saya dalam hidup saya. Awak hanya kenangan lama saya."
"Apa yang Lya buat tu tak baik ke?"
"Memang tak baiklah kalau rumahtangga saya retak macam tu sebab awak."
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Roman d'amour※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...