"Memang awak milik saya tapi saya tak cintakan awak, Haura."
💠💠💠💠💠
Haura mencebik kecil sambil mata mengerling hidangan di atas meja. Sesekali matanya terarah pada pintu utama.
"Dia tak balik ke?" Keluhnya perlahan. Sudah sejam dia tunggu tetapi kelibat suaminya tidak juga kelihatan.
"Lauk dah sejuk dah.." Omelnya agak kecewa.
Tiba-tiba, pintu rumah dibuka dari luar. Haura segera berdiri lalu mengintai dari dapur. Bibir menarik senyum gembira. Dariel hanya memandangnya sekilas. Dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh kalah dengan perempuan ni.
Haura segera berlari anak ke arah Dariel. Tangan suaminya dikucup lembut.
"Awak balik!" Sengihan lebar dipamer. Dariel menjeling.
"Yalah. Dah awak suruh balik, saya baliklah. Awak patut bersyukur saya ikut cakap awak tau. Kalau ikutkan hati, kerja saya berlambak dekat office. Takdenya saya nak balik. Ni nasib baik saya ada lawatan kat luar." Jawabnya agak tegas tetapi comel pada pandangan Haura. Haura terus memeluk badan Dariel kemas.
"Eh, buang tabiat ke apa awak ni?" Dariel yang terkejut itu cuba menolak badan Haura yang melekat padanya.
"Terima kasih, awak.."
"Dah, tak payah peluk-peluk. Saya tak nak bau awak tu melekat dekat saya. Naya saya kena bahan jap lagi. Makan, saya dah lewat ni. Takde masa nak layan awak lama-lama." Dariel menolak tubuh Haura perlahan lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Makanan dah sejuk. Nak saya panaskan tak?"
"Tak payah. Makan je sejuk-sejuk pun. Saya dah lewat nak balik office." Balas Dariel dingin tanpa sedikitpun memandang Haura.
Haura mencebik sambil tangannya mencedok nasi untuk suami.
"Awaklah lambat. Sejam saya tunggu." Omelnya perlahan. Mata Dariel terus naik memandangnya.
"Apa? Lambat? Lambat apanya? Ni memang waktu lunch saya. Awak tu yang gelojoh masak awal kenapa? Padahlah." Balas Dariel selamba. Haira tersenyum.
"Mana saya tahu. Awak tak bagitahu saya."
"Jadah apa nak bagitahu awak."
Haura tersenyum lagi. Pinggan nasi diletak di hadapan Dariel. Mereka berdua mula menjamu selera bersama tanpa bunyi selepas Dariel membaca doa.
Usai makan, Dariel memandang Haura di depan.
"Saya ada benda nak cakap dengan awak, Haura." Ujarnya serius.
"Hm? Apa dia?"
"Awak.. cuba nak goda saya, ke?" Tanya Dariel menginginkan kepastian. Dia pasti Haura cuba bermain dengan nafsu lelakinya. Kalau dia tak mencegah, silap-silap boleh diterkamnya Haura ini.
Haura terdiam. Matanya tunduk merenung pinggan nasi yang sudah licin.
"Tak boleh ke goda suami sendiri?" Balasnya perlahan.
Dariel mengeluh. Rambutnya diraup. Sudah agak. Ni semua sebab dia ada ternampak pakaian tidur yang sangat menjolok mata di dalam plastik dalam almari Haura di bilik pakaian semalam.
"Lepas tu, lepas awak goda saya, awak rasa saya buat apa? Jatuh cinta dengan awak? Sebab badan awak ni?" Tegur Dariel selepas lama dia berdiam diri.
Dia memang tak suka bila seorang wanita cuba menggodanya begini. Dia tak suka orang membuat main tentang jiwa lelakinya. Baginya itu sangat privasi.
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...