"Saya tak percaya! Saya takkan percaya cakap lelaki macam awak. Awak penipu!!"
💠💠💠💠💠
Me
Saya nak jumpa awak. Ada benda yang saya nak cakap. Urgent.Haidar💋
Okey, sayang.Me
*Sticker lubang hidung*Daerila tersenyum melihat mesej pendek antara dia dengan Haidar.
"Cik Daerila?"
Daerila mendongak. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri memandangnya. Terus dahinya berkerut.
"Ya, saya? Awak siapa? Macam mana awak boleh kenal saya?" Tanya Daerila hairan dengan identiti lelaki ini.
Lelaki itu melabuhkan punggung di hadapan Daerila bersama senyuman sinis.
♥♥♥♥♥
Haidar berlari anak masuk ke dalam kafe. Keberadaan Daerila dicari. Dia tersenyum saat terlihat Daerila sedang duduk di meja paling hujung yang terlindung dari orang ramai.
Haidar laju melangkah ke arah meja itu.
"Daerila. Saya datang tepat pada masa kan?" Tegur Haidar sebaik sahaja dia tiba di meja. Daerila berdiri. Senyuman Haidar memudar saat melihat air mata mengalir di pipi gadis itu.
"Ke-"
Pang!!
Haidar terdiam. Pipinya terasa pijar. Tetapi, tak boleh kalahkan rasa di hati. Jantungnya berdetak kuat. Matanya naik memandang Daerila yang sudah teresak-esak. Dia terkedu. Apa yang dia buat?
"Awak happy? Huh. Mestilah awak happy kan? Sebab plan awak dah berjaya."
Tahulah Haidar yang Daerila sudah tahu akan rancangannya dulu. Pantas lengan Daerila cuba dicapai namun ditepis kuat.
"Daerila, dengar dulu."
"Saya tak nak dengar!!" Jerkah Daerila agak kuat. Nasib baik pelanggan di kafe tidak ramai yang berkunjung.
"Awak puas? Puas awak mainkan hati saya? Saya dah jatuh cinta dekat awak. Bukan sikit, saya dah bagitahu mama pasal awak. Sebab saya beria nak kahwin dengan awak."
Haidar terkedu. Daerila sudah lama menyukainya?
"Sepatutnya saya tak boleh percayakan awak. Sebab saya dah tahu lelaki mulut manis macam awak takkan serius dalam hal macam ni."
"Selama ni, cuma saya yang selalu fikirkan awak kan? Saya je yang sukakan awak, sayangkan awak. Sedangkan awak? Awak buat hati saya macam batu." Rintih Daerila tersedu-sedu.
"Daerila, saya mengaku. Semua tu memang betul. Tapi, tu dulu. Sekarang, saya memang betul-betul dah cin-"
"Saya tak percaya! Saya takkan percaya cakap lelaki macam awak. Awak penipu!!" Daerila menunduk menyeka air matanya yang bercucuran keluar tanpa henti.
"Awak yang upah lelaki untuk rogol saya semata-mata nak tunjuk awaklah hero saya. Awak ingat saya apa, Haidar?"
Haidar terpempan. Keningnya bertaut. Sekarang dia sudah tahu siapa yang sudah membocorkan rahsianya. Tak guna!
"Itu tak betul! Saya tak tahu apa-apa pun pasal tu. Itu kawan saya yang-"
"Kawan?" Potong Daerila sambil matanya tajam merenung Haidar. Haidar tak mampu menjawab.
"Saya menyesal jumpa dengan awak, Haidar. Saya menyesal kenal dengan awak. Saya menyesal kawan dengan awak! Saya tak patut beri hati saya dekat awak."
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...