"Perempuan, selagi dia masih berhati dengan kau, memang dia takkan pernah jemu untuk ambil hati kau, pikat kau, layan kau. Tapi, bro. Bila dia dah tawar hati, dia takkan anggap kau wujud langsung pun dalam dunia ni. Tak kiralah kau suami dia atau tak."
💠💠💠💠💠
Dua minggu kemudian, akhirnya Haura sedarkan diri dari tidur yang lama. Semua ahli keluarga mereka mengucap syukur kepada Allah Taala kerana masih memberi peluang Haura bernyawa.
Malah lima hari lepas, gadis itu sudah boleh dipindahkan ke wad biasa. Setiap hari umi, abi, mama, papa, Daerila dan Nureen selalu datang menghiburkannya.
Haura juga tiada masalah. Dia gembira dan sering tersenyum manis. Banyak berbual seperti selalu.
Tetapi, tanpa mereka semua perasan, Haura langsung tidak memandang, berbual, tersenyum dan melayan Dariel.
Langsung.
Gadis itu tampak bahagia dengan orang lain. Tetapi, jika bersama Dariel berdua, dia pasti ada alasan. Jika tidak tidur, pasti dia akan ke tandas. Semata-mata tak mahu terserempak dan berkomunikasi dengan suaminya.
Dariel tahu itu. Dia tahu Haura marahkannya. Dia boleh nampak Haura langsung tak mahu memandangnya. Senyuman gadis itu tiada lagi untuknya.
Dia terasa patah hati melihat Haura melayannya begitu. Tetapi, dia tak salahkan isterinya. Dia yang penyebab gadis itu berubah. Semua salahnya.
Hari ini, tiba hari Haura dibenarkan pulang ke rumah. Gadis itu masih tak boleh berjalan dengan normal kerana luka di kaki masih terasa menyengat.
Dariel melangkah ke arahnya lalu menggamit lengannya. Haura merentap lengannya lembut.
"Takpe. Saya boleh jalan sendiri. Awak tolong bawakan beg saya je." Ujar Haura tanpa langsung memandang Dariel. Perlahan-lahan dia berjalan keluar dari wad.
Dariel mengeluh. Rambutnya diraup. Inikah yang dimaksudkan Haura sudah tawar hati dengannya?
Jika betul Haura sudah tawar hati dengannya dengan cara begini, dia tak mahu. Dia tak sanggup dilayan dingin oleh Haura.
"Rara! Kenapa jalan sorang-sorang. Meh aku pimpin." Daerila dan Nureen memaut kedua-dua lengan Haura. Haura tersenyum.
"Thanks."
"Alah, takde apalah. Jom, jom. Tak sabar nak bawa kau balik."
Haura tersenyum.
Dari jauh, Dariel memerhatikannya. Keluhan berat dihela sekali lagi. Macam mana mahu buatkan Haura kembali melayannya seperti dulu?
Kata-kata Fadhil terngiang-ngiang dalam ingatannya.
"Perempuan, selagi dia masih berhati dengan kau, memang dia takkan pernah jemu untuk ambil hati kau, pikat kau, layan kau. Tapi, bro. Bila dia dah tawar hati, dia takkan anggap kau wujud langsung pun dalam dunia ni. Tak kiralah kau suami dia atau tak."
♥♥♥♥♥
Di rumah, Dariel mahu membawa masuk beg Haura ke dalam bilik mereka tetapi apabila lengannya terasa dipaut dari arah belakang, langkahnya terhenti. Dariel berpaling memandang Haura di belakangnya.
"Saya tak nak duduk bilik ni." Ujar Haura perlahan.
Dariel berkerut.
"Lepas tu, awak nak tidur mana?"
"Bilik tetamu tu ada. Takpe. Awak tidur je lah kat sini." Haura mencapai beg dari tangan Dariel.
"Haura."
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...