Thaqeef & Lyana
"Saya belum cukup sempurna untuk awak."
"Jika kita bersama, semuanya akan rasa sempurna."
💠💠💠💠💠
"Sadaqallahul adzim."
Wanita tua itu tersenyum memandang Lyana yang elok bertudung.
"Itu saja ya untuk hari ni. Alhamdulillah, bacaan Lya makin lancar." Pujinya lembut.
Lyana terus menarik senyuman lebar. "Alhamdulillah.. Terima kasih, Ustazah Muna sebab banyak membantu saya."
Ustazah Muna membalas senyuman manis Lyana.
"Berkat Lya tekun belajar juga.."
Lyana senyum tersipu-sipu. Selepas dia berjaya membaca muqaddam dan beralih kepada Quran, dia bersetuju dengan Thaqeef untuk menyertai sesi pembelajaran agama di madrasahnya.
"Kak Lya! Bakal zauj Kak Lya dah tunggu kat luar." Tegur seorang gadis berpurdah di muka pintu. Beberapa temannya di belakang gelak mengusik.
Lyana tersenyum. Rasanya dia tahu siapa. Pelajar di sini sangat rapat dengannya. Selalu saja mengusik dia.
Lyana menghulur tangan untuk bersalam dengan Ustazah Muna.
"Saya balik dulu, ustazah."
"Yalah. Hati-hati. Bagitahu Ustaz Thaqeef, cepat-cepat masuk meminang. Kesian syaitan. Asyik jadi orang ketiga." Tegur Ustazah Muna terselit usikan.
Lyana tersenyum simpul dengan pipinya yang mula berbahang. Tanpa membalas usikan ustazah yang mengambil tugas mengajarnya Al-Quran, dia terus berlalu keluar. Gadis-gadis tadi juga turut ketawa.
Lyana keluar dari bilik kecil itu. Madrasah ini terbahagi kepada dua kawasan. Satu kawasan hanya untuk pelajar lelaki manakala satu lagi kawasan hanya untuk pelajar perempuan. Pelajar yang berlainan jantina diharamkan memasuki kawasan pelajar perempuan mahupun lelaki.
Lyana berjalan keluar dari kawasan pelajar perempuan yang sememangnya ditutup dan dipagar kemas. Dari jauh dia sudah melihat lelaki berpakaian jubah putih dan berkopiah serta serban yang disangkut pada bahu sedang bersandar pada kereta bersebelahan pagar.
Jantungnya berdegup kencang. Sepanjang satu tahun dia belajar di madrasah ini, menjadikan hubungannya dengan Thaqeef semakin rapat yang semakin lama semakin menghadirkan perasaan asing. Perasaan yang sudah lama dia lupakan.
"Thaqeef?"
Thaqeef menoleh. Serta merta senyuman tercalit di bibirnya. Dia berdiri tegak menunggu Lyana berjalan ke arahnya lebih dekat.
"Dah siap?"
Lyana mengangguk. Dia malu sebenarnya. Beberapa pelajar lelaki yang lalu lalang tersengih-sengih melihatnya. Mungkin mahu mengusik dia dan Thaqeef.
"Masuklah. Saya hantarkan awak."
Lyana masuk ke dalam kereta. Seorang pelajar lelaki sudah terlena di tempat duduk hadapan. Rumah sewanya agak jauh dari kawasan madrasah. Setiap kali dia siap belajar, pasti Thaqeef akan menghantarnya ke rumah sewa dengan ditemani seorang pelajarnya. Mungkin tak mahu mengundang syak apatah lagi mereka berada di kawasan madrasah. Ramai yang melihat. Termasuk para guru dan pelajar.
Thaqeef memulakan pemanduan keluar dari kawasan madrasah. Lyana pula hanya mengerling ke luar tingkap melihat suasana kampung.
"Lyana."
Lyana menoleh memandang Thaqeef yang sedang memandu. "Ya?"
"Esok, boleh awak tunggu saya di masjid? Saya ada kerja kat sana. Saya tak tahu bila siap. Kesian pula awak kena tunggu kat luar panas-panas ni."
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...