• Balas Dendam •

1.6K 54 1
                                    

"Kalau dia boleh mainkan hati Haura, kenapa aku tak boleh mainkan hati adik dia?"

💠💠💠💠💠

Daerila menilik jam tangan di lengannya sambil menghirup air minumannya. Masih ada lagi setengah jam sebelum dia boleh sambung bekerja. Tadi, dia hanya ditunjukkan bilik-bilik dan para pekerja yang lain. Dia belum berpeluang membuat kerja.

Daerila tersenyum lebar. Tak sabarnya mahu masuk kerja baru! Sepuluh minit kemudian, dia kembali menilik jamnya lagi. Keningnya bertaut.

"Tadi dah setengah jam. Apahal macam tak bergerak ni?" Omelnya perlahan. Daerila seperti mendapat bau-bau malang yang akan menimpanya.

Pantas tangannya mencapai telefon iphone11-nya. Jam ditilik dan serta merta matanya terbeliak.

Lagi 2 minit?!

Daerila pantas menyusun barang-barangnya masuk ke dalam beg tangannya. Kaki dilangkah laju keluar dari kafe.

Habislah dia. Sudahlah lepas ni ketua bahagiannya mahu bertemunya untuk memberitahu tentang tugas yang perlu dia lakukan.

Dia berlari tak tengok kiri kanan dah. Tiba-tiba, bum! Bahunya terlanggar seseorang berbadan tegap sehingga tubuhnya terkebelakang sedikit. Daerila tersengih.

"Maaf, encik." Selepas mengucapkan kata maaf, laju dia berlari ke bahagian unit kewangan dan akaun tanpa berpaling melihat lelaki yang sudah tersenyum memandangnya dari jauh.

♥♥♥♥♥

Haura mengintai dari celah-celah pintu dapur. Bibirnya tersengih melihat Dariel yang sedang mengemas dapur.

"Awak..."

Dariel mengerling sekilas memandang Haura yang sudah berjalan perlahan ke arahnya sebelum dia kembali menyusun tong gas.

"Awak, nak tanya boleh?"

"Tak boleh. Saya busy."

"Bolehlah. Satu soalan je."

"Hm."

"Awak bersihkan dapur ni untuk saya ke?"

"Perasan." Dariel menolak tong gas dengan kakinya masuk ke dalam rak bawah.

"Yalah, saya tak nak awak ni tersekat bawah ni lagi masa saya takde. Tak pasal-pasal lepas ni jadi duda berhias." Balasnya selamba tanpa memandang Haura yang sedang tersengih lebar.

Dariel duduk di atas kerusi di kitchen island sambil melepaskan lelah.

"Ni. Awak bila masuk kerja?" Matanya memandang Haura lama.

"Saya ambil cuti dua minggu." Jawab Haura sambil meletakkan gelas minuman di hadapan Dariel. Dariel mencapai gelas itu lalu diteguknya air kosong.

"Uish. Lamanya." Gelas dihempas perlahan ke atas meja.

"Haah. Sebab saya sebenarnya nak spend time dengan awak. Tapi, awak dah kerja dulu. Duduklah sorang-sorang saya dalam rumah ni." Jawab Haura dengan suara persis rajuk.

Dariel menjeling meluat.

"Siapa suruh awak ambil cuti lama sangat. Nasiblah." Balasnya pula. Haura melabuhkan punggung di sebelah Dariel.

"Sebab saya nak duduk sama-sama dengan awak. Menyemai cinta dan kasih." Tangan Dariel diusap lembut.

Dariel berkerut. Serta merta dia terasa bulu romanya menegak.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now