• Haris & Hafiza •

1.4K 51 0
                                    

"Ish! Kau ni nak apa, gila?"

"Aku nak kau baca betul-betul."

"Aku dah baca betul-betullah ni. Kau ni pekak ke?"

💠💠💠💠💠

"Assalamualaikum!! Haura ooo Haura!"

Haura berlari anak ke pintu utama.

"Woi! Bagi salam elok-eloklah!" Jerkah Hakim dari rumah depan. Geram betul dia bila adik dia terjerit-jerit depan rumah bagi satu apartmen dengar.

"Waalaikumussalam." Haura membuka pintu.

"Haura tak kisah pun. Kau yang panas bontot dah kenapa?" Balas Hafiza selamba.

"Apa kau cakap!"

Hafiza terus berlari masuk ke dalam rumah Dariel sebaik saja dia ternampak abangnya yang sudah keluar dari rumah sambil memegang parang. Dia tengah sedap duk kopek buah durian sebenarnya.

Haura tergelak kecil sebelum di mengekori langkah Hafiza yang selamba badak menghempaskan punggung ke atas sofa. Beg muqaddam diletak ke sebelah.

"Haaa.. leganya. Sejuk gila rumah kau. Eh, ni. Dariel mana?"

"Abang Dariel kerja."

Hafiza mencebik. Nak menyindir dialah tu.

"Hujung minggu pun kerja?"

"Haah." Haura mencebik kecil. Rindu dia pada suaminya yang semakin sibuk sehingga tiada masa langsung untuknya. Tapi, takpelah. Dia redha.

"Tch. Sedihlah tu konon? Rindu?" Tegur Hafiza.

Haura mengangguk kecil.

"Alah. Aku rasa duduk rumah sorang-sorang lagi best kut. Masa ni lah kau nak berjoget-joget sorang-sorang, tak yah kemas rumah, tengok tv sampai subuh. Perghh.. sedap Ra. Cenggini." Hafiza menaikkan ibu jarinya sambil tersengih lebar.

Haura tergeleng-geleng kepala melayan kerenah Hafiza ini.

Tiba-tiba, seorang lelaki membuka pintu bilik tetamu membuat mata Hafiza tertancap pada lelaki itu. Dia berkerut.

Haris hanya berjalan ke dapur untuk minum sedikit air. Dia mengerling Hafiza sekilas sebelum dia berlalu ke rak.

"Siapa tu? Suami baru kau eh? Dariel tahu tak kau bawa balik dia ni?"

Terbeliak Haura mendengarnya. Budak Hafiza ni! Haris juga terkeras di dapur. Apa budak tu cakap?

"Eh, tak Fiza. Ni adik akak. Haris."

Hafiza menggangguk faham sambil bibir mencebik. Dia tersengih.

"Kau takut aku mengadu dekat laki kau an? HAHAHAHA! Nasib aku tak bawa fon. Kalau tak, aku dah call laki kau cakap kau bawak balik lelaki lain." Katanya lagi tanpa tapis.

"Hafiza!" Marah Haura geram. Budak ni makin lama makin tak semenggah perangainya.

Hafiza ketawa besar.

"Ala, gurau jelah. Tak yah ah marah. Kalau betul kau curang, aku dah tumbuk muka jantan tu." Katanya selamba.

Sekali lagi Haris keras. Dia menggenggam gelasnya kuat. Haura tergelak kecil.

"Ni, Fiza. Hari ni akak tak boleh solat. Boleh tak kalau Haris ajarkan Fiza?"

Mata Hafiza terbeliak. Bukan dia sahaja, Haris juga tersedak. Bila masa dia buat perjanjian begini? Dia mengajar budak takde adab ni? Memang taklah!

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now