"Gambar apa ni?"
💠💠💠💠💠
Tangan melingkar ke pinggangnya dari arah belakang sambil dagu diletakkan ke atas bahu isteri. Sesekali bau haruman isterinya dicium.
Daerila tersenyum. Suka dilayan suami yang baru menikahinya minggu lepas.
"Sayang..." Panggil Daerila mendayu-dayu.
"Hum."
"Bila kita nak pergi honeymoon?" Tanya Daerila manja. Haidar memandang Daerila yang masih dalam pelukannya.
"Nak ke?"
"Emm! Mestilah. Wajib!"
Haidar tersenyum manis.
"Okey, okey. Nak pergi mana?"
Laju Daerila memusingkan badan menghadap Haidar yang masih kekal memeluknya erat. Tangan naik melingkar ke leher Haidar.
"Kita pergi Hawaii jom?" Daerila tersengih lebar memandang Haidar. Haidar berkerut.
"Hawaii? Are you serious?"
"Yes. Banyak dah tempat yang saya pergi. Kecuali Hawaii. Saya simpan tempat tu untuk tempat bulan madu saya. Boleh ya, sayang?" Pintanya lagi.
"Tempat yang lagi dekat tak nak ke?"
"Tempat mana? Saya tak nak. Saya nak pergi Hawaii. Dengan awak." Balas Daerila berkeras.
"Yang, tak kisahlah mana-mana pun asalkan kita spend time sama-sama kan?" Kata Haidar cuba memujuk.
Bukan dia tak mahu pergi ke Hawaii sebagai destinasi bulan madu mereka, tetapi dia tak sukakan tempat itu. Dia kalau boleh mahu berbulan madu dalam Malaysia saja.
Riak wajah Daerila mula berubah cemberut. Pegangan di leher Haidar dileraikan.
"Tak nak pergilah tu." Matanya dilarikan tak mahu memandang suaminya.
"Sayang..." Haidar memaut bahu Daerila namun gadis itu menepis. Dia menjeling tak suka tanda merajuk.
Haidar mengeluh.
"Yalah. Tengoklah macam mana. Saya tak janji." Haidar akhirnya setuju. Biarlah, asalkan Daerila tak merajuk dengannya.
Daerila kembali tersengih. Dia berpaling kembali memandang Haidar.
"Thank you, sayang! I love you. Nanti saya bagi hadiah special malam ni. Muah!" Bibir Haidar dicium lembut sebelum dia berlari anak ke biliknya.
Haidar hanya tersenyum kecil. Haii.. nasib bini.
♥♥♥♥♥
Beberapa bulan kemudian
Haura mengusap perut yang sudah berusia 6 bulan kandungannya. Dia tersenyum melihat perut yang sudah menampakkan bentuk itu.
"Anak ibu nanti jadi anak baik-baik tau. Sejuk perut ibu." Haura tersenyum lebar.
Kemudian, dia terkerling jam di dinding. Dia berkerut.
"Mana ayah ni, sayang?"
Haura melihat skrin telefonnya. Mesej dia tadi bukan saja tak dibaca, malah sampai pun tidak.
"Kenapa ayah lately ni selalu takde kat rumah?" Ujar Haura perlahan sambil menilik telefonnya. Tangan kiri pula sibuk mengusap perutnya.
Dia menekan nombor Dariel. Hampir lima kali dia menelefon suaminya. Tetapi, tetap tak dijawab.
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...