• Cemburu? •

2K 57 0
                                    

"Susah nak tahu reaksi dia. Kita tak dapat tahu apa sebenarnya yang dia fikir."

💠💠💠💠💠

Keluhan kelima dihela lagi. Mata yang sedang memandang kanak-kanak yang juga keras mendongak melihatnya itu teralih ke orang sebelah. Tubuh kecil Haura direnung lama.

"Lama lagi ke Haura oi. Saya dah penat nak menunggu awak ni." Keluh Dariel tak puas hati. Sejak 10 minit yang lalu Haura masih berdiri di situ. Entah apa yang dia nak tilik sangat.

"Kejaplah, awak. Saya lupa jenama minyak apa yang selalu umi guna ni." Jawab Haura sambil matanya membaca informasi pada botol minyak itu.

"Pilih jelah yang mana-mana pun."

"Kalau tak halal macam mana? Nanti haram. Jadi darah daging." Balas Haura masih keras menatap botol minyak itu.

"Tak halal pulak dah.." Dariel menggaru kepala tak faham dengan Haura yang susah nak memilih minyak masak!

"Kan ada tanda halal kat situ. Aduh.. awak ni kan. Eh, kalau susah sangat, pilih yang Alif tu lah. Nampak halal."

Haura mencebik sebelum dia tersenyum nipis.

"Okey." Baru sahaja dia mahu mengambil, tiba-tiba dia terdiam sekejap lagak berfikir.

"Apa lagi yang awak termenung tu?" Kedua-dua siku diletak ke atas tempat pemegang troli yang dari tadi menjadi temannya dalam pasar raya besar ini.

"Nak yang besar ke, kecil je?" Tanya Haura dengan suara yang cukup perlahan.

Dariel berkerut.

"Itupun nak fikir ke? Meh sini. Complicated betul." Minyak jenama Alif yang berbotol besar dicapai lalu diletak ke dalam troli.

"Dah, jom." Tangan terus menolak troli meninggalkan kawasan minyak dan sos-sos di situ.

Haura hanya berjalan perlahan di sebelah Dariel sambil matanya melilau mencari barang.

"Kejap, awak. Saya nak beli tu." Haura berjalan laju ke arah buah naga. Dia tersengih memandang Dariel yang biasa saja mukanya. Tak senyum tak masam. Takde mood nak senyum aih!

"Nak satu kilo?" Pinta Haura lembut. Dariel menjeling. Apa yang budak Haura ni suka sangat dengan buah naga ni pun dia tak tahu.

"Suka hatilah. Tanya saya kenapa?"

"Awak bayar, kan?" Mata Haura membulat merenungnya. Tanya macam nak suruh dia bayar tu. Tahu sangat.

"Hm. Ambillah banyak mana awak nak. Lima kilo pun boleh." Balasnya sudah malas.

Sambil menunggu Haura memilih, matanya merenung buah-buah naga itu. Apa yang sedap? Dia tengok sejak dia kahwin dengan Haura, tak sah kalau tiada buah berduri lembut ini dalam peti.

Atas meja pun. Memang peliklah kalau Haura tak menghidang sepinggan hirisan buah naga di atas meja setiap kali mereka makan bersama. Dan dia ingat lagi jawapan Haura tentang dia tak gemar makan di luar.

Takde buah naga. Nanti tak selera.

Pfft. Apa bendalah yang budak ni obses sangat.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now