• Mαlαm Terindαh •

2.4K 61 1
                                    

"Awak dah sedia nak lalui semua tu dengan saya?"

💠💠💠💠💠

"Lewatnya sampai. Lama mama tunggu Riel dengan Haura." Puan Malaiqa menerpa ke arah Dariel dan Haura yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

Haura bersalam dengan Puan Malaiqa seperti biasa.

"Haura ni lah, ma. Tertinggal itu tertinggal ini." Adu Dariel selamba. Haura memandang Dariel tajam.

"Ish. Saya penat semalam kemas baju awak tau." Marah Haura tak puas hati apabila dipersalahkan. Dariel mencebik.

Puan Malaiqa tergelak kecil.

"Dariel ni memang. Bab kemas baju ni dia yang paling liat. Patutnya Haura biarkan je dia tak bawa baju. Biar dia pakai baju papa."

Haura tersenyum.

"Dah, pergi masuk dalam. Rehat. Kejap lagi, baby balik tak ter-rehatlah Haura."

Haura mengangguk sebelum dia melangkah naik ke tingkat atas. Dariel dari tadi sudah lesap.

Haura melangkah masuk ke dalam bilik sebelum dia menutup pintu.

"Haura."

"Ya?" Haura menoleh memandang Dariel yang sedang bercekak pinggang di depan begnya.

"Mana buku yang saya suruh letak dalam beg ni semalam?"

"Hm? Buku mana?" Haura berjalan ke arah Dariel.

"Buku yang saya baru beli tu. Mana?"

Mata Haura tunduk melihat ke dalam beg mereka.

"Buku merah tu ke? Saya dah letak dah dalam beg semalam."

"Mana?"

"Takde ke?"

"Kalau ada, saya tak tanya awak Haura!" Nada suaranya sedikit meninggi. Terangkat bahu Haura dibuatnya kerana terkejut.

"Sa- saya tak tahu." Balas Haura dengan suaranya mula mengendur. Dariel berdecit. Kepala diurut sambil tangan mencekak pinggang.

"Awak ni kan. Kan saya dah cakap, buku tu penting! Saya akan ada perbicaraan nanti. Awak ni tak pandai susun barang ke apa?" Herdik Dariel garang.

Haura menunduk bermain-main dengan jarinya. Dia mula menahan sebak di dada. Kenapa Dariel kembali bersikap begini dengannya? Bukankah lelaki itu katakan padanya yang dia mahu berubah? Kenapa dia dijerkah lagi?

"Pfft. Sya gurau je." Dariel terus memeluk erat tubuh kecil Haura yang sedang tunduk menekur lantai.

Dariel tunduk melihat Haura yang tampak terkedu dengan perubahan sikapnya.

"Alolo, nak nangis ke ni? Haha. Sorry, sorry. Gurau, gurau. Ni, buku ni ada." Dariel menunjuk ke arah bukunya di atas katil.

Haura menolak dada Dariel yang masih erat memeluknya. Kepala didongak memandang suaminya dengan wajah berkerut.

Dariel tergelak kecil.

"Apa..? Saya gurau je." Tubuh Haura kembali dipeluk. Haura pantas menolak Dariel dari memeluknya.

"Benci awak!"

"Jangan benci saya. Saya gurau je."

"Tak sukalah!"

"Saya suka."

"Eee!" Haura mahu keluar dari dakapan Dariel namun Dariel semakin mengeratkan pelukan.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now