• Permintaan •

1.4K 37 0
                                    

"Kamu tolong jagakan dia? Boleh? Untuk atok."

💠💠💠💠💠

"Tahniah, Dariel."

Dariel tersenyum sambil mengangguk.

"Terima kasih."

"Dariel, ada orang nak jumpa."

Dariel memandang orang bawahannya itu. Dia berkerut. Dia rasa tak sedap hati. Dia seperti dapat rasakan orang yang mahu bertemunya ialah Lyana. Mana taknya, sudah sebulan gadis itu asyik mengganggunya.

"Okeylah, Dariel. Kami keluar dulu." Rakan-rakan sekerjanya berlalu keluar dari bilik Dariel.

Kemudian, seorang gadis pula melangkah masuk ke dalam biliknya. Dariel mengeluh. Kan dah cakap.

"Apa lagi yang awak nak ni, Lyana.. Saya dah penatlah nak layan awak. Kenapa susah sangat awak nak faham?" Tanpa sempat Lyana berkata apa-apa, Dariel sudah terlebih dahulu menegur. Tanpa memandang wajahnya.

Lyana melangkah ke meja Dariel yang sibuk membelek failnya.

"Abang Mika, Lyana ada something nak cakap dekat abang."

"Apa..? Tolong cakap cepat sikit. Saya ada banyak kerja ni." Balas Dariel masih tak mahu memandang Lyana.

"Abang Mika. Lya nak bagitahu abang. Pasal kesihatan Lya. Lya-" Lyana terhuyung-hayang lantas dia memaut pada meja Dariel.

Dariel berkerut. Dah kenapa pula ni?

"Abang-" Lyana terus rebah.

Mata Dariel terbeliak melihat Lyana yang sudah terjelepok di atas lantai tak sedarkan diri. Pantas dia berdiri lalu berjalan ke arah gadis itu.

"Lyana?" Dariel berkerut. Dia berlari anak ke luar pejabatnya untuk memberitahu rakan sekerjanya yang lain.

Habislah. Dia tak tahu kenapa pula yang terjadi pada Lyana ini.

♥♥♥♥♥

"Dariel, dia dah sedarkan diri dah. Dia panggil Dariel. Menangis-nangis tu." Tegur salah seorang rakan sekerjanya kepada Dariel yang hanya duduk di luar bilik.

Dariel berdiri. Dia mengangguk.

"Terima kasih, Rina." Dariel terus berjalan masuk ke dalam bilik kosong yang hanya ada sofa dan meja.

Saat dia ternampak Dariel yang berjalan ke arahnya, Lyana bangun.

"Abang Mika.." Lyana menangis teresak memandang ke arah Dariel.

Dariel mengeluh sebelum dia melabuhkan punggung di depannya.

"Lyana, kalau awak demam, duduk rumah. Bukan datang pejabat saya. Saya dahlah banyak kerja. Awak pula buat drama dekat sini, dengan kawan-kawan saya sekali susah sebab nak angkut awak." Marah Dariel tak puas hati.

Lyana menunduk bermain dengan jarinya.

"Lya minta maaf. Lya datang sini sebab nak bagitahu abang." Lyana mengeluarkan satu fail dari dalam begnya.

Dariel mencapainya malas sebelum dia membuka fail itu dan menilik kertas yang terisi di dalamnya.

Dariel terpana melihat keputusan di tangannya.

"Lya ada barah otak, abang. Stage 2." Kata Lyana sambil menangis teresak.

Dariel senyap.

"Abang ingat tak wasiat arwah atok untuk abang?"

Dariel mengalihkan pandangan ke arah lain. Kalau boleh dia tak mahu ingat.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now