• Rancangan •

1.6K 53 0
                                    

"Aku akan buat abang aku sayangkan kau. Cintakan kau. Sepenuh hati dan sampai mati."

💠💠💠💠💠

"Ila nak makan kat mana?"

"Ila ikut akak je. Mana-mana pun boleh." Jawab Daerila kepada senior-senior di tempatnya itu.

"Mana-mana pun boleh? Selalu tengah hari Ila makan apa?"

Daerila tergelak kecil.

"Ila diet. Tak makan tengah hari. Makan gitu-gitu je. Hehe."

"Laa, diet. Patutlah badan macam model. Jaga makan rupanya."

Daerila tersengih. Lah sangat! Kalau dia tak dipaksa makan tengah hari bersama mereka, takdenya dia mengaku diet. Pasti dah dia ke kafe melantak lamb chop. Urgh, sedap!

"May I join too?"

"Ha?" Mereka semua memandang lelaki di depan mereka yang tuba-tiba saja mencelah. Daerila pula sudah tergamam melihat figura itu.

Gigi diketap. Apa mamat ni nak?!

"Siapa.."

"Saya boyfriend Daerila."

"Boyfriend?!" Mereka bertiga memandang Daerila yang sudah terpempam kaku itu.

Haidar ketawa.

"Taklah. Saya gurau je. Kami kawan je baru. Boyfriend to be." Haidar tersenyum manis.

Daerila mengepal buku lima. Sakitnya hati! Boyfriend to be konon!

Mereka semua mengangguk sambil mulut membentuk O.

"Apa salahnya kalau bercinta? Sama padan. Sama cantik dan sama kacak." Sahut salah seorang dari tiga wanita yang sudah agak lanjut usia berbanding Daerila dan Haidar.

"Kenapa tak teruskan je hubungan? Ila pun dah 25 tahun kan?"

Daerila tersenyum palsu.

"Not yet."

"But will." Sambung Haidar selamba. Daerila menjeling tajam. Ingat sweet?!

"Er, jom? Saya bawa ke restoran baru kat depan sana tu. Makanan dia sedap. Saya belanja." Kata Haidar sopan dan penuh aura memikat.

Mereka semua tersengih gembira. Orang kacak belanja, siapa tak suka?

Daerila sudah bersilang tangan dengan riak wajah yang menyampah habis. Apa yang mamat ni nak dari dia?

Di restoran, Daerila meminta diri untuk ke tandas. Padahal dia mahu lari dari suasana sesak itu! Sesak kerana Haidar.

Daerila membetulkan tudung setelah dia bersusah payah keluar dari tandas tanpa disedari mereka yang sedang elok berbual dengan Haidar.

"Huh. Bosan aku. Baik aku pergi Kafe Julia. Lagi baik. Tak payah nak hadap muka mamat terencat akal tu." Daerila tersengih.

"Nak makan apa eh? Meat ball pun okey jugak. Tapi, aku rasa nak makan lamb chop. Eh, chicken chop aku dah lama tak makan." Daerila mengangkat bahu.

"Apa susah? Makan semualah. Heee.." Daerila melangkah keluar dari restoran itu.

Namun, baru sahaja beberapa langkah, kakinya keras saat terpandang lelaki di hadapannya yang sedang elok bersandar pada dinding. Dahinya berkerut memandang lelaki yang sudah tersenyum manis ke arahnya.

"Hye. Nak pergi mana?"

Daerila mengetap gigi.

"Awak buat apa kat sini? Pergilah layan diorang kat dalam tu!" Jerit Daerila sedikit kuat.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now