• Sentuhan Manja •

2.4K 56 0
                                    

"Annoying saya tu maksudnya annoying yang comel. Saya suka.

💠💠💠💠💠

Tangan dipanjangkan untuk menutup alarm yang berdering di telefonnya. Matanya digosok perlahan. Dalam kesamaran cahaya subuh dari tingkap serta cahaya lampu tidur mereka, Dariel memandang Haura yang masih lena dalam dakapannya.

Dia tersenyum teringatkan hal semalam. Hailah, Haura terlalu lemah lembut. Semakin cinta pula dia pada isterinya itu.

"Haura.." Dariel mengusap-usap rambut lurus Haura.

Perlahan-lahan mata gadis itu dibuka sedikit. Sebaik sahaja dia terpandang wajah Dariel di depan mata, Haura tersenyum simpul. Tangan dilingkarkan memeluk Dariel erat lalu wajahnya disembam pada dada lelaki itu.

Dariel tersenyum. Malulah tu. Bahu Haura yang terdedah diusap.

"Bangun. Dah lewat dah ni, sayang. Nanti tak pepasal terlepas subuh karang."

"Ummphh.." Haura menggumam kecil dalam pelukan Dariel tanda dia masih malas mahu bangun.

"Jangan nak buat saya geram pagi-pagi buta macam ni, Haura. Kang sempat pula kita buat sekali round nanti." Ujar Dariel selamba.

Haura memukul dada Dariel geram. Dariel hanya ketawa enak. Haura menjeling.

Dariel membenam wajahnya ke bahu Haura. Satu kucupan hinggap di situ.

"Thanks for 'that'." Ucapnya perlahan sebelum dia mencium pula leher isterinya. Haura tersenyum lebar. Apa sahaja untuk si suami tercinta Haura!

Tiba-tiba, Haura teringat sesuatu.

"Awak, saya minta maaf tau."

Dariel menegakkan kepalanya memandang Haura.

"Hm? Kenapa?" Tanya dia hairan.

Haura bangun sambil tangan menggenggam comforter di dadanya agar tak terlucut. Maklumlah, dia masih tak berbaju.

Haura mengesot sedikit. Cadar yang tercalit tompokan merah, direnung mereka berdua. Haura mencebik memandang Dariel.

"Sorry, awak."

Dariel tergelak kecil.

"Kenapa awak minta maaf pula? Tu kan dah sah-sah salah saya. Dah, jom. Kita mandi, solat lepas tu ni nanti saya basuhkan." Dariel mencapai bajunya yang tersangkut di kepala katil sebelum dia bergerak turun dari katil.

"Haura."

Haura mendongak mamandang Dariel yang sudah tersenyum nakal.

"Jom mandi sama-sama?"

Haura tercengang.

"Ma- mandi sama-sama?"

"Em. Kenapa? Tak nak?"

"Sa- saya malu." Haura menunduk malu.

"Ala, tak payah malu. Saya dah tengok semua dah pun. Jom." Tubuh kecil Haira dicempung selamba.

Perlahan-lahan comforter ditarik dari membaluti badan Haura.

"Awak!!" Haura memeluk kemas badan Dariel. Dia malu!

Dariel tersengih sebelum dia membawa isterinya masuk ke dalam bilik air. Pintu ditutup rapat dan dikunci.

♥♥♥♥♥

Daerila mengesot mendekati Haura di sofa ruang tamu. Lengan gadis itu dipaut.

"Rara, jom teman aku pergi shopping?" Tangan Haura dipegang-pegang tanda dia sedang memujuk.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now