"Malam ni, saya layan awak special."
💠💠💠💠💠
Dariel membetulkan batang leher. Akhirnya! Segala penyeksaannya sudah berakhir. Mereka berjaya menyelesaikan semuanya sebelum tarikh yang diletakkan.
Pintu dibuka dari luar. Tak sabar dia mahu bertemu Haura.
Kaki dilangkah ke dalam sambil matanya melilau. Dia berkerut. Kenapa gelap gelita rumahnya ni? Jangan cakap Haura keluar?
Atau..
Dariel laju berlari masuk mencari isterinya. Dia risau apa-apa yang jadi.
"Eh, apahal aku tak buka lampu. Kau ni pun sengal-"
Matanya tertancap pada meja makan di dapur. Makanan terhidang tersusun di atas meja dengan lampu kekuningan memberi cahaya. Perlahan-lahan kakinya menghampiri meja.
Hidangan-hidangan itu ditilik. Dia tersenyum. Inikah kejutan yang mahu dibuat Haura?
"Awak.."
Dariel berpaling. Di sebalik dinding dapur, satu mata mengintai. Kemudian, perlahan-lahan semakin menampakkan keseluruhan mukanya. Badannya pula masih bersembunyi di sebalik dinding. Haura tersenyum.
Dariel membalas senyuman isteri.
"Awak dah balik dah.." Haura perlahan-lahan keluar dan berdiri di pintu dapur. Mata Dariel turun naik memerhati badan isterinya.
Haura berpakaian gaun putih yang tak terlalu labuh dan tak terlalu singkat. Yang penting seksi! Menelan liur dia menengoknya.
Haura berjalan ke arah Dariel.
"Malam ni, saya layan awak special. Saya dah siapkan mandian untuk awak, saya dah siapkan makanan untuk awak juga." Kata Haura lembut.
"Lepas tu?"
"Lepas tu, saya urut awak. Mesti awak penat kan?"
Dariel tersenyum lebar. Tiba-tiba, dia teringat akan seseorang.
"Haris mana?"
"Haris dalam bilik. Saya dah suruh dia duduk dalam bilik sampai esok. Makan minum semua saya dah letak siap-siap dalam bilik dia."
Dariel tergelak.
"Saya boleh bayangkan macam mana muka dia yang anti romantik tu."
Haura tergelak kecil.
"Jom, awak?" Tangannya ditarik ke bilik mereka. Kelihatan katil mereka juga dihias cantik.
Haura mendudukkan Dariel ke atas katil. Tali leher Dariel ditarik lembut. Kemudian butang baju kemeja Dariel pula dibuka satu persatu.
"Awak mandi ya? Nanti kita makan sama-sama." Bisiknya menggoda. Dariel tersenyum. Ee, geram pula dia nak terkam Haura ni sekarang. Katil pun dah ada ni.
Selesai Dariel menyucikan diri, dia ke dapur dan kelihatan Haura sedang menuang minuman ke dalam gelas. Haura tersenyum sebaik sahaja ternampak Dariel di pintu dapur.
"Awak masak semua ni ke?" Tanya Dariel sambil tenung makanan di atas meja.
"Yalah. Semuanya untuk awak." Haura membawa dua gelas ke meja makan. Kemudian, ditariknya tangan Dariel dan disuruh duduk.
"Awak nak makan apa?"
Dariel tersengih.
"Saya dah lama tak makan masakan awak tau. Nak nangis pula rasa."
Haura tergelak kecil. Spagetti dicedok lalu diletak ke atas pinggan. Haura meletakkan pinggan berisi spagetti itu di hadapan Dariel.
Mereka membaca doa makan terlebih dahulu sebelum mereka mula menjamu selera.
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romantik※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...