• Sesalan •

2.3K 72 3
                                    

"Saya minta maaf, Haura."

💠💠💠💠💠

Thaqeef berjalan ke kaunter untuk membayar lauk kegemaran ibunya. Mengidam pula wanita tua itu mahu makan sup gearbox.

Tiba di kaunter, Thaqeef terpandang Nureen yang nampak monyok lagi sedang termenung panjang.

"Jauh termenung, Cik Nureen?" Tegur Thaqeef sebaik sahaja dia tiba di hadapan Nureen yang bertugas menjaga kaunter malam itu.

Nureen tersentak sedikit. Wajah Thaqeef dipandang.

"Kau nak apa datang malam-malam ni?" Balas Nureen tiada mood.

"Buat apa lagi? Beli belah dekat restoran kau ni lah. Mak aku pesan sup tu. Kau ni asal nampak down semacam je?"

Baru Nureen mahu membuka mulut, Thaqeef sudah mengangkat tangan.

"Aa, tak yah cakap. Aku tahu. Ni sebab Abang Rizqi kau tu kan?" Tebak Thaqeef bersahaja.

Nureen mengeluh sebelum dia mengangguk kecil.

"Dah agak."

"Entahlah aku. Dia mainkan hati aku je selama ni. Dia dah pernah.." Nureen mengeluh lagi. Tak elok pula dia membuka aib Rizqi kepada Thaqeef.

"Reen."

Nureen dan Thaqeef menoleh. Kelihatan Rizqi sedang berdiri tak jauh dari mereka memandang mereka berbual dari tadi. Nureen mendengus.

"Siapa ni?" Tanya Rizqi yang khas ditujukan kepada Thaqeef. Nureen hanya senyap sambil menekan-nekan kalkulatornya. Entah apa yang ditekan pun dia tak tahu.

"Ni ke lelaki yang meminang Reen?" Tanya Rizqi lagi.

Thaqeef terdiam. Apa ni? Bila masa pula dia meminang Nureen?

"Err.."

"Haah. Reen dah terima dah. Kami akan bertunang. Kan, awak?" Jawab Nureen laju. Thaqeef sekali lagi terkedu. Belum sempat dia jawab, Nureen dah mengaku dulu.

"Reen. Boleh tak Reen dengar abang dulu? Apa yang Reen dengar tak sama dengan apa yang Reen fikir." Ujar Rizqi cuba memujuk. Nureen menjeling tajam.

"Abang nak cakap Reen pekak ke sekarang? Abang nak belit macam mana lagi supaya Reen percayakan abang? Reen penatlah. Penat main tarik tali dengan abang. Baik Reen undur diri."

"Reen, jangan macam ni. Dengar dulu. Bagi abang explain semuanya dekat Reen." Rayu Rizqi terdesak. Dia tak mahu begini. Dia tak mahu kehilangan Nureen.

"Dahlah, Reen dah nak kahwin dah. Dengan.. dengan Thaqeef ni. So, abang tak payahlah datang sini lagi. Kita kawan biasa je cukup."

Nureen terus berlalu masuk ke dalam restorannya. Malas dia mahu menghadap Rizqi. Sempat dia menyuruh pekerjanya menukar tugas dengannya.

Rizqi mengeluh sebelum matanya teralih kepada Thaqeef yang masih berdiri kaku di situ.

"Bila kau masuk meminang Nureen tu?" Tegur Rizqi kasar.

Thaqeef terkejut dengan pertanyaan tiba-tiba dari Rizqi itu. Perlahan-lahan nafasnya ditarik . Kiranya, dia kena berlakonlah ni kan?

"Er, hari tu? Bapak aku pergi jumpa bapak dia. Ka- kami mungkin akan tunang dua bulan depan. Masih dalam perancangan." Thaqeef tersenyum palsu.

Tak guna punya Nureen. Kenapa libatkan dia dalam hal percintaan mereka? Tak cukup lagi ke dia jadi orang ketiga dalam hubungan Haura dan Dariel?

"Er, aku pergi dululah, eh. Assalamualaikum." Plastik lauk ibunya dicapai lalu dia terus mengangkat kaki pergi dari situ.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now