"Mungkin Dariel tak pernah kenal dengan Haura sebelum kahwin sebab itulah Dariel ragu-ragu dengan dia."
💠💠💠💠💠
Bahu Puan Ibtisam diusap Encik Habib lembut. Wanita tua itu tampak sangat sedih dengan keadaan Haura yang agak kritikal. Air mata tuanya dilap dengan tisu.
Saat mereka berdua menerima panggilan dari Dariel tentang Haura, mereka terkilan. Mereka bertambah terkejut apabila tahu Haura ditimpa runtuhan batu konkrit.
Apabila mereka bertanya pada Dariel, menantu mereka itu tak menjawab. Tahulah mereka, ia berkaitan dengan masalah rumahtangga anaknya.
"Abi belikan umi roti ya? Makan sikit."
Puan Ibtisam mengangguk kecil. Dariel di hujung sudut hanya senyap. Sebaik sahaja Encik Habib keluar, Puan Ibtisam berdiri lalu mengusap-usap rambut Haura.
"Kesian anak umi." Dahi Haura dicium. Dariel hanya mendiamkan diri. Rasa bersalah membuak-buak dalam dirinya kerana tak berlaku jujur kepada kedua-dua mertuanya.
Puan Ibtisam mengerling ke arah Dariel lalu tersenyum nipis. Dia tahu mereka berdua menghadapi masalah sebelum kemalangan ini berlaku. Firasat ibunya kuat mengatakan.
"Sebelum kahwin, Dariel belum cukup kenal Haura kan?" Tegur Puan Ibtisam memecahkan sepi antara mereka.
Mata Dariel naik memandang Puan Ibtisam yang sedang tersenyum memandang anak perempuan kesayangannya.
"Haura ni anak umi yang baik. Sangat baik. Budaknya lemah lembut, sopan santun, comel. Umi bangga ada anak sebaik dia." Puan Ibtisam tersenyum manis. Air matanya di tubir mata diseka.
Dariel senyap. Dia tahu. Dia tahu Haura baik. Tak pernah sekali pun Haura meninggikan suara padanya. Tak pernah Haura melawan katanya. Haura selalu menurut arahannya.
"Dia dari kecil tak diizinkan abi untuk keluar rumah sesuka hati. Sekolah pun sekolah di madrasah abi je dari tingkatan 1 sampai 3. Lepas tu, barulah dia masuk sekolah dengan Daerila dan Nureen untuk ambil spm."
Barulah Dariel tahu. Haura merupakan seorang hafizah. Patutlah merdu kemain suaranya mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran. Bila diingatkan balik, mata gadis itu dipejam saat membaca surat cinta Allah itu.
Bermakna Haura tak membaca tetapi mengulang balik bacaannya. Kenapa dia tak pernah perasan?
Huh. Mana dia nak perasan kalau dia pun asyik mahu menangkan egonya saja. Pengecut!
"Dariel tahu tak? Bila dia dah besar, Haura jadi seorang yang sangat pemalu. Lagi-lagi dengan lelaki. Abi dia garang. Memang dah dikasi warning awal-awal tak boleh menyimpan perasaan pada lelaki. Apatah lagi bercinta." Puan Ibtisam membetulkan selimut pada badan Haura.
"Tapi, umi tahu Haura ada sukakan seseorang ni dari zaman universiti lagi. Dia cuma bagitahu umi je. Dia tak berani nak bagitahu abi dia." Puan Ibtisam memandang Dariel yang sudah menunduk menekur lantai.
"Lepas dah kahwin dengan Dariel, Haura gembira sangat. Dia bagitahu umi, satu-satunya lelaki yang dia suka tu dah jadi suami dia sendiri." Tutur Puan Ibtisam lembut.
Dariel menunduk. Dia sedar ini salahnya. Dia silap menuduh Haura. Dia fitnah isterinya sendiri. Dia terlalu cemburu sehingga sanggup fitnah Haura begitu sehingga gadis itu menangis teruk.
Kejamnya dia. Dia kejam kerana tak pernah hargai Haura. Tak pernah mahu memandang Haura. Tak pernah menjaga hati Haura.
Dia salah.
Dariel laju melangkah ke arah Puan Ibtisam. Dia melutut di sebelah Puan Ibtisam lalu dipegangnya tangan mak mertuanya.
"Maafkan Dariel, umi. Dariel minta maaf." Rintihnya perlahan. Puan Ibtisam memandang Dariel hairan.
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...