• Ciuman Tak Rela •

2K 65 1
                                    

"Haura, stop. Haura!"

💠💠💠💠💠

Hari ini, bermulalah hari bekerja Haura setelah dua minggu dia tersadai bosan di rumah Dariel dengan jayanya. Dia perlu bangun sejam lebih awal untuk menguruskan pakaian Dariel dan sarapan mereka.

Tepat jam 8 pagi, Dariel keluar dari bilik lalu melangkah ke arah meja makan. Kelihatan Haura sedang mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya.

"Awak pergi kerja dengan apa?" Punggung dilabuhkan di atas kerusi berhadapan dengan Haura.

"Hari ni, dengan Lrt je. Kereta saya dekat rumah abi. Petang nanti saya pergi ambil." Jawab Haura dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya.

"Pergi dengan saya jelah. Saya hantarkan."

"Ha? Tapi, tempat kerja saya jauh dari tempat awak."

"Sokay. Nanti apa yang saya nak jawab dekat abi kalau apa-apa jadi pada awak? Ada suami, tapi naik Lrt sebab suami tak boleh nak hantar." Ujar Dariel sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Haura tersenyum.

"Okey. Terima kasih, awak."

Dariel hanya senyap tak menjawab. Bukannya dia buat untuk Haura pun.

Kut.

♥♥♥♥♥

"Encik Dariel."

Dariel mendongak memandang Nev yang sedang tersenyum di muka pintu pejabatnya.

"Hm. Kenapa?"

"Ada orang nak jumpa Encik Dariel."

"Siapa?"

"Dia cakap dia isteri encik."

Terus naik anak mata Dariel memandang Nev.

"Suruh dia masuk."

"Baik." Nev segera keluar dari pejabat Dariel.

"Apa pulak yang dia ni buat dekat sini?" Omelnya perlahan.

Kemudian, pintu biliknya dibuka dari luar. Dariel memandang susuk tubuh kecil yang sedang berjalan comel ke arahnya dengan bibirnya yang tersengih lebar.

"Boleh duduk tak?"

"Hm."

Haura terus duduk di kerusi berhadapan dengan Dariel.

"Apa yang awak buat dekat sini? Tak kerja ke?" Tanya Dariel hairan.

"Ni kan waktu lunch. Saya datanglah nak makan sama-sama dengan awak. Ni, saya dah beli dah pun nasi bungkus. Kita makan jom?" Haura meletakkan satu plastik berisi dua bungkus nasi yang dibeli sebelum dia ke pejabat Dariel.

Dariel tersandar pada kerusi kerjanya. Keluhan dihela berat.

"Em."

"Susun kertas-kertas awak tu."

Dariel hanya akur. Dia menyusun kertas-kertas berlambak di atas mejanya lalu ditolak ke tepi. Haura tersengih. Bungkusan untuk Dariel dibuka sebelum dihulurkan kepada suaminya itu.

"Makanlah. Sorry, makanan tepi jalan je."

"Suka hatilah. Saya makan je semua." Balas Dariel malas. Layankan sajalah sikap Haura ini. Lagipun, takkan dia mahu menolak. Haura penat-penat ke sini untuk makan tengah hari bersama.

Dia juga ada rasa belas kasihan, okey?

Dari luar, Nev dan Ana memerhatikan mereka dalam diam.

"Weh, tu ke bini dia?" Tanya Ana inginkan kepastian.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now