"Kenapa Allah ambil dia, Ris?"
💠💠💠💠💠
Sebulan kemudian
"Fiza."
"Hm." Sahut Hafiza tanpa menoleh sebelahnya. Dia sedang sibuk mengetip kukunya.
"Kau nak pergi satu tempat tak?" Tanya Haris yang sedang menyandarkan kepala pada papan kenyataan di perhentian bas.
Mereka sekarang sedang menunggu bas berhenti mengambil mereka.
"Hm? Pergi mana?"
"Somewhere. Tempat yang aku selalu pergi lepak dengan kawan-kawan aku." Jawab Haris malas.
Hafiza menoleh memandang lelaki di sebelah.
"Mana? Masjid?"
Haris pantas berpaling ke sebelah. Keningnya bertaut.
"Kau menyindir aku?"
Hafiza tergelak jahat.
"Manalah aku tahu. Kau kan alim. Lepak kat masjid ah. Mana agi."
Haris menjeling. Dia mendongak memandang langit.
"Taklah. Adalah satu tempat ni. Jauh jugalah kut dari bandar ni." Jawabnya serius. Hafiza perlahan-lahan mengesot mendekati Haris.
"Mana? Kau nak bawa aku pergi hotel?"
Sekali lagi Haris berpaling. Hafiza sedang tersengih nakal sambil mengangkat-angkat kedua-dua keningnya.
"Ala, sorry ah Ris. Aku takde stok ah sekarang." Poket hoodienya ditepuk-tepuk. Haris berkerut. Lantas dia menjauhkan badannya sedikit dari Hafiza.
"Apa benda kau ni? Tak senonoh! Dahlah kita dekat public. Kau cakap macam ni pula. Tak malu ke?" Marah Haris geram dengan suaranya yang sengaja diperlahankan. Risau jika ada yang mendengar. Buat malu je.
Hafiza ketawa terbahak-bahak. Sudah tak kisahkan orang-orang yang melihatnya pelik.
"Okey, okey. Gurau. Kau nak bawa aku pergi mana?" Tanya Hafiza sambil mengelap air matanya yang kononnya keluar.
"Adalah. Nak tak nak?"
"Nak ah. Kalau tempat best ah. Kalau kau nak pergi bertapa dalam gua, baik tak payah ajak aku."
Haris menjeling. Cakap banyak betul budak ni. Suka benar menyindirnya.
♥♥♥♥♥
Hafiza menguap luas tanpa menutup mulutnya. Haris mengerling ke sebelah. Tak pernah senonoh agaknya budak ni.
Sudahlah tidur tak ingat dunia. Bas tadi terlalu ramai penumpang menyebabkan mereka perlu berdiri. Si Hafiza ni boleh pula tidur berdiri. Tak pepasal badan Haris yang menjadi tiangnya.
Sudahlah tu. Dia boleh tak bangun bila orang kejut? Penat Haris menjerit di telinganya. Dia? Siap berdengkur. Memang Haris kena tebalkan muka setiap kali keluar dengan perempuan ini.
"Kau duduk situ dulu." Haris menunjuk ke arah sebuah bangku di sebelah kedai. Hafiza hanya menurut. Dia melabuhkan punggung di situ lalu berbaring sedap. Sempat lagi pula tu dia nak tidur. Haris hanya menggeleng kepala.
Tak lama selepas itu, Haris tiba di bangku dan berdiri di sebelah Hafiza yang sedang elok berdengkur.
"Fiza, Fiza!" Kaki bangku disepak-sepak sehingga Hafiza terbangun. Gadis itu menegakkan badan sambil menguap.
"Apa?"
"Hm. Nak tak?" Haris menghulurkan sebekas aiskrim. Serta merta mata Hafiza membulat besar. Laju dia mencapai bekas aiskrim dari tangan Haris.
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Lãng mạn※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...