• Putri Hanis Deliana •

2.1K 52 1
                                    

"Cantik. Macam sayang."

💠💠💠💠💠

Tiga bulan kemudian

"Lepas tu?"

"Lepas tu apa?" Tanya Haura kembali. Lyana tersengih janggal sambil kepalanya digaru.

"Lupalah, Haura."

Haura tergelak kecil.

"Sujud." Jawab Hafiza sebelum sempat Haura menjawab. Lyana mengangguk. Dia meletakkan kepala ke lantai dan membaca bacaan ketika sujud.

Haura menunjuk ajar mereka berdua sehingga tiba ke salam kanan dan kiri.

"Siap dah ke?" Tanya Lyana dengan masih berpakaian telekung. Rambutnya sedikit terkeluar di celah telekung.

Haura mengangguk. Dia mengesot ke arah Lyana dan memasukkan rambut ke dalam.

"Lepas ni, kita belajar mengaji pula ya? Sementara kita tunggu waktu asar." Katanya perlahan.

Lyana mengangguk mengerti. Hafiza menjeling.

"Junior, tolong ambilkan air untuk aku jap. Hauslah." Arahnya selamba.

Lyana terus berdiri lalu berlari anak ke dapur. Haura mengerling ke arah Hafiza yang sedang elok tergoyang-goyang kaki di atas katil.

"Fiza, janganlah buli dia."

"Apa? Diakan junior aku. Junior memang kena buat apa yang senior suruh pun." Jawabnya tanpa rasa bersalah.

"Dia jauh lagi tua dari Fiza, lah."

"Tapi, dia junior."

Haura mengeluh. Berbalas mulut dengan Hafiza ni memabg memenatkan. Lenih penat berbanding dia berjalan 10 kilometer tanpa berhenti.

"Fiza dengan Lyana sama jelah. Takde beza pun."

"Tapi, dia masuk lambat. Aku lagi terer dari dia."

"Hafiza..." Haura sudah mula rasa geram dengan mulut menjawab Hafiza ini.

Hafiza membalikkan bebola mata.

"Ya, ya. Aku tahu. Sorry."

Haura mengangguk. Tahu pun. Kemudian, Lyana masuk dengan membawa gelas minuman untuk Hafiza. Hafiza tersengih lebar.

"Bagus. A+ untuk kau." Katanya sebelum dia meneguk air sejuk itu. Lyana tersengih lebar sambil menepuk tangannya tanda dia gembira kerana mendapat A plus dari Hafiza kononnya.

Haura hanya menggeleng kepala.

"Jom, Fiza ambil Quran. Lyana ambil muqaddam. Meh kita baca sikit." Arahnya. Nafasnya sedikit tercungap dek kandungannya yang sudah hampir mencecah 9 bulan.

Hafiza dan Lyana terus bangun lalu berjalan ke tempat beg mereka diletak. Tak sampai seminit, masing-masing sudah bersila di hadapan Haura dengan Quran dan muqaddam.

Mereka mula membaca sedang Haura mendengar bacaan mereka.

Tak lama kemudian, Haura menyuruh mereka berhenti sekejap.

"Kejap ya? Haura nak pergi toilet kejap. Fiza, ajarkan Kak Lyana tu." Haura berdiri dengan susah payahnya ke bilik air di dalam bilik itu.

Hafiza dan Lyana senyap. Lyana mengerling ke arah Hafiza di sebelah. Hafiza mengangkat kening sebaik saja dia terperasan akan pandangan Lyana itu.

"Apa kau tengok-tengok aku?" Tanya Hafiza kasar.

Lyana menggeleng perlahan sebelum dia tunjuk ke muqaddamnya. Hafiza melihat huruf-huruf di muka surat itu.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now