• Gembirakan Dia •

1.6K 58 2
                                    

"Kalau awak yang kena, lebih dari tu saya buat. Bukan setakat penjara orang tua tu dapat."

💠💠💠💠💠

Haura berlari anak mengekori langkah Dariel yang dari tadi sibuk menguruskan televisyen baru mereka.

Matanya memerhatikan empat orang lelaki yang sedang memasang televisyen di ruang tamu itu. Haura menggenggam kemas baju Dariel sambil matanya merenung lama televisyen bersaiz besar itu.

Dariel hanya membiarkan. Dia sibuk berurusan dengan pekerja-pekerja itu.

Selesai tugas mereka, mereka semua meminta diri keluar dari rumah Dariel. Sebaik sahaja pekerja itu pergi, Haura segera mendapatkan Dariel.

"Bila awak beli?"

"Hari tu."

"Awak beli untuk saya ke?"

"Ee. Perasan. Takde makna saya nak beli untuk awak. Minggu depan ada bola sebab tu saya beli." Jawab Dariel seraya melabuhkan punggung di atas sofa.

Haura mengangguk sebelum dia turut duduk di sebelah Dariel. Bibirnya tersengih lebar. Dariel mengerling sebelah.

"Sukalah tu."

Haura mengangguk laju. Dia tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi. Tangan digenggam di bawah dagu tanda dia sudah mula berangan.

"Dapatlah saya tengok Zul Ariffin. Mesti dia cool jadi Tuan Zafrel." Haura mula menggedik-gedik.

"Hmm.." Haura masih tersenyum-senyum bahagia. Oh, Zul Ariffin ku!

"Ee, menggeletis betul. Awak jangan sampai saya rampas remote tu nanti." Kata Dariel berbaur ugutan. Geram pula dia melihat Haura tergila-gilakan lelaki lain.

Haura pantas memandang Dariel.

"Tak, tak. Jangan."

Dariel cuba menahan senyum. Tahu takut. Dalam diam, dia memerhati Haura yang tersengih sambil menekan alat kawalan televisyen.

Bibirnya menarik senyuman nipis. Entah kenapa hatinya teruja melihat Haura tersenyum gembira. Sehingga menimbulkan tekad yang dia tak mahu membuat gadis itu bersedih.

♥♥♥♥♥

Dariel menjenguk ke luar bilik memandang Haura yang sedang fokus menonton drama pukul 7 itu.

"Haura, tak nak solat ke?"

"Tak boleh solat."

Dariel mengangguk. Dia kembali masuk ke dalam bilik. Suka sangat dengan Zul Ariffin dia tu sampai tak teralih langsung matanya tu. Terlekat terus pada skrin.

Sepatutnya dia ke masjid untuk solat maghrib. Tapi, tadi dia tertidur dan terbangun lewat pula.

Selesai solat, dia mahu ke bilik kerja untuk membuat sedikit kerja. Sebaik sahaja dia keluar, matanya tertangkap keadaan Haura yang teresak-esak.

Tak berfikir panjang, laju kakinya melangkah ke arah Haura yang sedang duduk di atas lantai itu.

"Oi. Kenapa ni? Asal nangis? Awak okey tak?"

"Tskk.. awak.."

"Eh. Apahal ni? Kenapa?" Kedua-dua pipi Haura dipegang lembut.

"Kenapa?"

"Cerita ni sedih sangat. Anisa tu kena rogol, awak. Tengok tu."

Dariel mendengus. Apa bendalah. Tak pasal-pasal dia dah kalut.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now