• Tak Bersalah •

1.7K 56 0
                                    

"Thank you, sayang."

💠💠💠💠💠

Anak kunci dicucuk masuk ke lubang pintu rumah sebelum tombol pintu dipulas. Dengan bacaan bismillah dia melangkah masuk dengan penat lelah.

Hari ini terlalu banyak kes yang perlu dia selesaikan. Terpaksa dia pulang agak lewat dari biasa. Ya, entah sejak bila dia sering pulang awal ke rumah berbanding waktu bujangnya dahulu pun dia tak tahu. Mungkin kerana Haura?

Ah. Lambat lagi.

Dariel mengeluh. Serasa otaknya sudah tepu. Tak boleh disumbat lagi. Kaki dilangkah menuju ke bilik sambil tangan mengurut belakang batang leher.

Pintu bilik dibuka perlahan sambil mulut meniti kata salam. Namun, dia terkaku sebentar apabila terpandang Haura di depan mata. Keningnya bertaut.

Isterinya itu nampak menunduk dengan telekung solat yang masih tersarung. Dariel menanggalkan tali lehernya di hadapan cermin sambil matanya tak lepas dari merenung Haura yang masih keras dari pantulan cermin.

"Dah kenapa dengan dia ni? Berzikir ke apa?" Gumamnya perlahan.

Dariel mengangkat bahu tanda dia malas mahu mengambil tahu. Lepas ni okeylah tu. Tanpa mempedulikannya, Dariel mencapai tuala lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.

Setelah hampir sepuluh minit dia menyucikan diri, sebaik sahaja dia keluar Haura masih berkeadaan begitu. Dariel semakin naik hairan. Tetapi, dia masih lagi buat tak endah.

Selesai solat isyak dan menukar baju ke pakaian tidur, Dariel semakin tak tahan. Dia berjalan mendekati Haura.

"Haura." Panggilnya perlahan. Haura hanya senyap menunduk.

"Oi, Haura."

Jeda. Dariel berkerut. Bahu Haura dicuit.

"Oi. Awak dah kenapa?" Tegurnya lagi. Jangan-jangan budak ni dirasuk tak? Habislah. Dia bukannya pandai ruqyah orang masuk hantu ni. Setakat baca ayat kursi tu bolehlah.

"Awak jangan buat saya takut, Haura. Tak kelakar tau."

Setitis.

Dariel terkedu melihat dua titisan air mata yang jatuh ke kain telekung putih milik Haura. Laju dia melabuhkan punggung di sebelah Haura yang sudah merah mukanya menahan tangisan.

"Eh, kenapa? Asal tiba-tiba nangis ni?"

Perlahan-lahan Haura menyandarkan kepala pada dada Dariel. Baju lelaki itu digenggam. Dariel terpempan. Lagi-lagi apabila Haura sudah mula teresak-esak.

"Haura? Kenapa dengan awak? Awak okey ke tak?" Tanya Dariel semakin pelik.

Haura tak menjawab. Malah esakannya menjadi semakin kuat. Dariel menolak tubuh Haura yang bersandar padanya. Wajah gadis itu diintai.

"Kenapa dengan awak ni? Tiba-tiba je nangis. Kenapa? Bagitahu saya."

Haura menggeleng kepala perlahan sambil menunduk menangis. Dariel berdecit.

"Kalau awak tak bagitahu, saya takkan tahulah, Haura." Katanya tegas.

Haura mengelap air mata menggunakan telekung solatnya. Makin mahu menangis pula mendengar nada suara Dariel yang semakin meninggi.

"Tadi... tsk ketua saya marah. Sebab data kewangan company hilang. Kerja jaga data tu, kerja saya dengan Wati. Saya tak tahu macam mana tapi semua orang salahkan saya. Saya tak tahu apa-apapun. Elok je saya simpan hard disk tu dalam bilik tu. Siap kunci lagi. Tiba-tiba je hilang.." Air mata dilap menggunakan belakang tapak tangan.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now