EPILOG

2.8K 70 3
                                    

💠💠💠💠💠

"Sampai mati Haura akan tunggu cinta abang."

💠💠💠💠💠

Kedua-dua tangan Hanis dipimpin Dariel. Perlahan anak kecil itu melangkah satu persatu ke arah sang ayah.

"Cepat, sayang. Cepat."

Hanis tersengih menampakkan giginya. Air liurnya juga keluar membasahi bibir dan dagu.

Malangnya, tak sempat tiba, Hanis sudah jatuh terduduk. Dariel tergelak kecil sebelum dia mengambil Hanis dan diletakkan di atas ribanya.

Dariel melihat Haura yang sudah keluar dari bilik mereka bersama beg Hanis.

"Lambatlah sayang ni." Rungut Dariel.

"Memanglah lambat. Haura nak kena perahkan susu Hanis lagi, siapkan baju abang lagi." Balas Haura geram dengan rungutan Dariel.

Dariel tersengih. Dia berdiri sambil mendukung Hanis.

"Sorry, sorry. Jomlah. Dah siap?"

"Dah." Haura memikul beg bayi milik Hanis dan mereka berdua berjalan keluar dari rumah.

♥♥♥♥♥

Pipi Hanis dicubit geram.

"Ee, orang nak pergi jalan-jalan, dia boleh pula berak atas ibu eh."

Hanis tergelak kecil. Dariel tersenyum. Dia mengerling ke arah Haura yang sedang memakaikan pampers pada Hanis.

"Ni mesti sebab ibu busuk sangat. Sebab tu, Hanis berak." Usiknya sambil tersenyum nakal.

Haura menjeling.

"Abanglah yang busuk."

Dariel ketawa sakan. Dia pantas memeluk tubuh Haura erat.

"Busuk-busuk pun ayah suka cium." Bisiknya perlahan.

Haura menoleh memandang tajam Dariel yang masih memeluknya. Tak semena-mena bibirnya dikucup.

"Abang."

Dariel ketawa. Baru dia mahu mencium lagi, Hanis tiba-tiba saja menangis. Haura tergelak kecil.

"Hanis tak suka abang manja-manja dengan Haura." Haura memandang Hanis yang merengek.

"Hanis tak suka ya ayah peluk ibu?"

Hanis berhenti menangis. Matanya memandang ibunya. Dariel mencebik. Pelukan dilepaskan.

"Ni ikut perangai Pak Usu dialah ni." Gumamnya perlahan. Haura ketawa sambil mengangguk setuju.

Dahulu, pantang melihat mereka bermanja sikit mulalah Haris nak masuk bilik. Kadang-kadang sampai tak mahu makan. Semata-mata nak tunggu mereka habis bermanja. Budak tu memanglah.

Siap Haura memakaikan seluar pada Hanis, dia mendukung anak perempuannya itu.

"Jom. Kita pergi jalan-jalan ya, Hanis?"

Hanis tersengih memandang Dariel sambil tangan memeluk leher Haura.

Mereka keluar dari bilik yang sudah ditempah untuk percutian tiga hari dua malam mereka bertiga.

♥♥♥♥♥

"Lambat kan, ibu?" Tanya Dariel kepada Hanis yang berada dalam dukungannya.

Haura menjeling.

"Ibu nak belikan ni untuk mama dan ummi lah." Balas Haura sambil membelek kain sarung untuk Puan Ibtisam dan Puan Malaiqa.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now